EDISI SEPTEMBER/OKTOBER 2017 *********************** SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 4/2017
_______________________________________________________________________
________________________________________________________
EDISI JULAI/OGOS 2017 *********************** SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 3/2017
SEKITAR IMBASAN KENANGAN KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1 HINGGA 6
Rasul SAW bersabda,
عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ اَبِيْهِ عَنْ جَدّهِ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص. مُرُوْا صِبْيَانَكُم بِالصَّلاَةِ لِسَبْعِ سِنِيْنَ وَ اضْرِبُوْهُمْ عَلَيْهَا لِعَشْرِ سِنِيْنَ وَ فَرّقُوْا بَيْنَهُمْ فِى اْلمَضَاجِعِ. احمد و ابو داود، فى نيل الاوطار 1: 348
Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Suruhlah anak-anak kecilmu melakukan shalat pada (usia) tujuh tahun, dan pukullah mereka (bila lalai) atasnya pada (usia) sepuluh tahun, dan pisahkanlah mereka pada tempat-tempat tidur”. [HR. Ahmad dan Abu Dawud, dalam Nailul Authar juz 1, hal. 348]
Source: http://www.fiqihmuslim.com/2015/09/kumpulan-hadist-nabi-tentang-sholat.html

Kewajipan utama seorang muslim adalah mendirikan sholat. Allah SWT memerintahkan hamba hambanya untuk mengerjakan sholat wajib sebanyak 5 kali sehari mulai dari sholat subuh, dhuhur, ashar, maghrib dan isyak. hukum mengerjakan sholat bagi seorang muslim adalah wajib dan haram serta berdosa seseorang yang meninggalkannya.
Sholat sendiri merupakan tiang agama islam dan merupakan salah satu ibadah paling utama. bahkan perkara yang pertama kali dipertanyakan di akhirat nanti adalah tentang bagaimana sholat kita semasa di dunia. jika sholat kita bagus, maka amalan lainnya ikut menjadi bagus. begitu pula sebaliknya, jika sholat kita jelek, maka jeleklah semua amal perbuatan kita lainnya.
Maka dari itu kita diwajibkan menjaga dan memelihara shalat kita semasa hidup agar kita selamat dunia akhirat. shalat juga termasuk dalam rukun islam ke dua. Allah SWT telah banyak sekali menerangkan tentang masalah sholat dalam Al-Quran, begitu pula Rasulullah SAW telah banyak menjelaskan perkara shalat ini dalam hadist hadist beliau.
Source: http://www.fiqihmuslim.com/2015/09/kumpulan-hadist-nabi-tentang-sholat.html
Sholat sendiri merupakan tiang agama islam dan merupakan salah satu ibadah paling utama. bahkan perkara yang pertama kali dipertanyakan di akhirat nanti adalah tentang bagaimana sholat kita semasa di dunia. jika sholat kita bagus, maka amalan lainnya ikut menjadi bagus. begitu pula sebaliknya, jika sholat kita jelek, maka jeleklah semua amal perbuatan kita lainnya.
Maka dari itu kita diwajibkan menjaga dan memelihara shalat kita semasa hidup agar kita selamat dunia akhirat. shalat juga termasuk dalam rukun islam ke dua. Allah SWT telah banyak sekali menerangkan tentang masalah sholat dalam Al-Quran, begitu pula Rasulullah SAW telah banyak menjelaskan perkara shalat ini dalam hadist hadist beliau.
Source: http://www.fiqihmuslim.com/2015/09/kumpulan-hadist-nabi-tentang-sholat.html
________________________________________________________
EDISI APRIL/MEI 2017 ************************************** SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 2/2017
______________________________________________________________________________________________

JOM SAKSIKAN MAJLIS PROGRAM AMBANG RAMADHAN PERINGKAT SEKOLAH
JUMAAT 26 MEI 2017 - DEWAN TERBUKA SKBA
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan baik. Tentatif program adalah seperti dalam gambar di atas. Sila klik PLAY untuk dapatkan slide show. Terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam atas kerjasama mantap yang diberikan telah membuahkan hasil yang baik sehingga selesai majlis. Mudah-mudahan segala bantuan dan pertolongan untuk menjayakan program ini mendapat ganjaran yang baik daripada Allah s.w.t.
Seiring dengan masa yang memerlukan kepada perubahan untuk maju, satu kelainan telah dibuat bagi memperkasakan Pendidikan Islam. Slot Tazkirah Ramadhan pada tahun ini disampaikan sendiri oleh Pengerusi Surau Annajah Ustaz Zamri bin Baharom. Slot Tazkirah Ramadhan pada kebiasaannya akan menjemput penceramah jemputan dari luar, namun pada tahun ini satu perubahan telah dibuat bagi memperkasakan Panitia Pendidikan Islam sekaligus bagi memelihara dana untuk kegunaan program yang akan datang. Alhamdulillah berkat sepakat semua telah memudahkan urusan perjalanan program.
SEPAKAT MEMBAWA BERKAT merupakan slogan Panitia Pendidikan Islam SKBA. Ternyata dengan slogan ini telah memberi input yang baik kepada semua sahabat dan ia juga merupakan satu kekuatan dan keikhlasan dalam menjalankan sesuatu amanah yang diberi. Syukur kepada Allah kerana telah memberi kepada kami satu jiwa dan satu semangat serta satu wadah menuju keredhaanMU sehingga kami dapat mengadakan majlis seumpama ini untuk manfaat semua. Sekian Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak untuk semua sahabat seperjuangan. Semoga kita mendapat kasih sayang Allah s.w.t dan sentiasa berada dibawah lindunganNYA. Amin.

- JOM KENALI USTAZ ANDA -
|
IMBASAN SEKITAR PROGRAM IHYA' RAMADHAN |
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
19 APRIL 2017
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah diadakan pada 19 Mei 2017 dengan bertemakan "Pakaian Tradisonal". Walaupun sambutan kali ini ringkas, namun ianya amat bermakna buat kami warga SKBA. Pada tahun inilah para guru diberi peluang membuat persembahan mengikut kumpulan barisan pentadbiran. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan begitu meriah. Satu kenangan yang dapat diabadikan untuk kenangan masa akan datang.
Kumpulan Guru Besar telah mempersembahkan satu karangan lagu berbentuk rakyat, manakala kumpulan Penolong Kanan Pentadbiran bersajak dengan lakonan ringkas dan bersahaja telah menarik perhatian semua hadirin. Kumpulan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid telah berjaya membuat satu kejutan untuk semua dengan melakonkan satu unsur suspen yang telah berjaya membuat semua penonton tertawa. Satu persembahan nyanyian lagu telah dipersembahkan oleh kumpulan Penolong Kanan Ko-Kurikulum.
Semua kenangan ini dibuat untuk kegembiraan bersama. Terima kasih kepada semua guru atas kesudian memberi sesuatu yang terbaik di hari guru peringkat sekolah. Terima kasih juga kepada semua warga SKBA kerana telah berjaya mengendalikan majlis dengan baik dan berjalan lancar. Semoga ukhuwwah para guru bertambah erat. Akhir sekali, SELAMAT HARI GURU untuk semua warga pendidik. JASAMU DIKENANG dan TERIMA KASIH CIKGU.

UCAPAN IKRAR SEMUA GURU
|
SEKITAR PERSEMBAHAN KUMPULAN GURU
|
SUKAN TAHUNAN PERINGKAT SEKOLAH PADA 29 APRIL 2017
BERTEMPAT DI PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN AJAM
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA - SKBA BOLEHHHHHHH . . .
Acara wajib setiap tahun ini merupakan satu acara yang sangat disukai oleh semua murid. Sukan dan kita tak dapat dipisahkan jika bergelar seorang pendidik. Suka atau tidak perlu menghadapinya dengan tenang. Alhamdulillah kami sebagai warga pendidik dapat menjalankan tugas ini dengan baik.
Alhamdulillah hari sukan pada tahun ini sangat meriah dan acara berjalan dengan lancar. Rumah Perdana telah menjuarai rumah-rumah lain seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahniah diucapkan kepeda rumah Perdana kerana dapat mengekalkan tempat pertama setiap tahun. Kepada rumah Satria, Iswara dan Wira diharapkan jangan berputus asa, cuba dan terus mencuba, in sya Allah kejayaan akan menjadi milik anda suatu hari nanti.
Begitulah adat bertanding, ada menang dan ada kalah, apa yang penting KERJASAMA dalam berpasukan. Sekian sedikit laporan tentang Hari Sukan Tahunan Peringkat Sekolah. Majulah sukan untuk negara dan SKBA sentiasa boleh. Terima kasih kepada semua guru, warga SKBA yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan hari sukan ini.

****************************************************************************************
EDISI KHAS MAC 2017 ************************************** SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 1/2017
MAJLIS PERSARAAN DUA USTAZAH TERSAYANG - PN. KHALIJAH DAN PN. JAMAKYAH
______________________________________________________________________________________________
MAJLIS PERSARAAN DUA USTAZAH TERSAYANG - PN. KHALIJAH DAN PN. JAMAKYAH
______________________________________________________________________________________________
LIPUTAN KHAS MAJLIS PERSARAAN 2 : USTAZAH JAMAKYAH BINTI MOHAMED
TARIKH : 28 MAC 2017
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SKBA
_______________________________________
SILA KLIK " PLAY " PADA GAMBAR BAWAH UNTUK SLIDE SHOW. SEKIAN TERIMA KASIH.
Rombongan Ustazah Jamakyah bt. Mohamed disambut bagai menyambut ketibaan mempelai dengan diiringi kompang dan beberapa orang guru khas berpakaian seragam bagi meraikan persaraan rakan sekerja yang amat dikasihi semua. Turut serta kelihatan seorang juru gambar khas hadir bersama untuk merakam saat indah beliau.
Majlis bermula dengan ucapan pengacara majlis oleh En. Mohd Yusri, diikuti bacaan doa oleh ustaz Mohd Rosli b. Che Yon. Ucapan guru besar En. Mohd Husni b. Man dan ucapan wakil guru serta wakil murid merupakan antara tentatif bagi majlis persaraan ini. Akhir sekali ucapan yang dinanti-nantikan oleh semua warga SKBA iaitu ucapan yang diraikan ustazah Jamakyah bt. Mohamed.
Dalam ucapannya, beliau berpesan kepada semua murid supaya belajar bersungguh-sungguh, jaga akhlak, hormati guru dan buatlah yang baik serta tinggalkan yang tidak baik. Beliau juga memohon maaf jika terdapat kesalahan sama ada disedari atau tidak kepada murid-murid dan semua warga SKBA dan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar anaknya sehingga berjaya. Harapan beliau agar semua murid berjaya di dunia dan akhirat. Semoga ikatan ukhuwwah berpanjangan walaupun beliau telah bersara.
Buat akhirnya, ustazah Jamakyah sekali lagi mengucap terima kasih tidak terhingga kepada ahli keluarga SKBA terutama kepada ahli keluarganya kerana telah menempah khas persiapan persaraan beliau pada hari bersejarah ini.

JASAMU DIKENANG
|
KENANGAN SEMASA HARI PERSARAAN
|
________________________________________________________
LIPUTAN KHAS MAJLIS PERSARAAN 1 : USTAZAH KHALIJAH BINTI AHMAD
TARIKH : 14 MAC 2017
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SKBA
USTAZAH KHALIJAH BT. AHMAD
|
IMBASAN KENANGAN
|