EDISI NOVEMBER / DISEMBER 2015 *********************************** Surau Annajah SKBA bil. 5/2015
________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________________________________
PROSES PELUPUSAN AL-QURANMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-30 yang bersidang pada 22 Aug 1992 telah membincangkan Pelupusan Al-Quran. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Al-Quran yang rosak, koyak, yang tidak lagi boleh dibaca dan yang bukan resam uthmani hendaklah dilupuskan. Kaedah pelupusan ialah dibakar di tempat yang dikawal dan ditanam ditempat yang dikawal. Kerja-kerja pelupusan hendaklah dipertanggungjawabkan kepada Urusetia atau Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri. Dan dilakukan dengan cara tersembunyi demi mengelakkan salah faham orang ramai. Pada 18 November 2015 lalu, Panitia Pendidikan Islam iaitu Ustaz Zailan, Ustaz Zamri dan Ustaz Mohd Rosli telah melaksanakan satu usaha amal kebajikan (Kembara Panitia) iaitu " Pelupusan al-Quran" untuk sekolah Kebangsaan Bagan Ajam. Klik Kembara Panitia untuk lihat gambar proses Pelupusan al-Quran.
Pelupusan al-Quran ini dibuat setiap tahun bagi memelihara kesucian dan keagungan al-Quran dan dilupuskan mengikut prosuder yang betul. Justeru itu, semua al-Quran lama (tidak boleh digunakan), lembaran kerja yang mengandungi al-Quran dan apa saja bahan yang terdapat tulisan al-Quran yang hendak dilupuskan hendaklah diserahkan kepada Panitia Pendidikan Islam. Pihak Panitia akan membawa bahan-bahan ini ke Masjid Daerah seberang Perai Selatan untuk dilupuskan. Alhamdulillah usaha amal ini mendapat sambutan menggalakkan terutamanya daripada AJK Panitia sendiri. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas inisiatif yang baik kerana berjaya menjalankan satu amal kebajikan untuk sekolah. Semoga usaha murni dan ikhlas ini mendapat keberkatan dan kasih sayang Allah s.w.t. MESYUARAT PENUTUP DAN TAKLIMAT DSKP TAHUN 6
|
Mesyuarat penutup diadakan bertujuan untuk memberi peringatan (pesanan) kepada semua AJK Panitia supaya mengemaskini semua fail dan apa yang berkaitan dengan panitia sebelum cuti persekolahan.
Dalam mesyuarat ini juga Puan Khorina telah memberi Taklimat berkenaan DSKP Pendidikan Islam Tahun 6. Alhamdulillah mesyuarat berjalan lancar dan semua AJK menerima keputusan mesyuarat dengan redho dan berlapang dada dan akan bertindak seperti yang telah diperintahkan. |
JAMUAN AKHIR TAHUN WARGA SKBA
RESTORAN AL-ARABY
TESCO SEBERANG JAYA
21 NOVEMBER 2015
Jamuan Akhir Tahun merupakan satu majlis yang sering diadakan apabila menjelangnya hujung tahun bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama warga SK Bagan Ajam.
Majlis bermula pada jam 11.00 pagi - 2.00 petang di Restoran al-Araby bersebelahan Tesco Seberang Jaya, Seberang Perai Utara. Semua guru gembira kerana dapat menjamu selera.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Tuan YDP PIBG SK Bagan Ajam iaitu En. Aidi Roslan sebagai tetamu jemputan.

Pada 14 November lalu, SK Bagan Ajam telah mengadakan Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah bagi tahun 2015. Semua Panitia terlibat secara langsung menjual pada hari tersebut sebagai satu usaha menambah dana pendapatan sekolah.
Gerai Panitia Pendidikan Islam diwakili oleh Pn. Hasyimah bt. Abbas, Pn. Khalijah bt. Ahmad dan Pn. Nor Azlina bt. Asmonik telah menjual jagung rebus (jagung cup) dan air. Alhamdulillah sambutan menggalakkan dan jualan sangat laris. Semoga usaha dan bakti mereka diberi ganjaran pahala oleh yang Maha Kuasa dan terima kasih atas budi bakti serta amal ikhlas mereka.

HARI ANUGERAH CEMERLANG
PERINGKAT SEKOLAH
18 NOVEMBER 2015
Pada 18 November 2015, SK Bagan Ajam telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang Peringkat Sekolah bertempat di Dewan SKBA. Tujuan diadakan majlis ini adalah bagi meraikan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak didik SKBA dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan ACP Azmi b. Adam iaitu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara.
Tuan ACP Azmi b. Adam dalam ucapannya beliau telah menyatakan kepada pihak sekolah sekiranya memerlukan bantuan daripada pihak polis, mereka sedia turun membantu demi melancarkan perjalanan pembelajaran murid-murid Sk Bagan Ajam.
Beliau tidak mahu murid-murid SK Bagan Ajam terlibat dengan pelbagai jenayah seperti mencuri dan sebagainya. Ini kerana mereka masih muda dan memerlukan pelajaran untuk hidup di masa akan datang. Jika terlibat dengan jenayah, kehidupan mereka akan tercemar dan tidak diendahkan oleh masyarakat.
Oleh itu, beliau menyeru kepada semua waris dan warga sekolah supaya peka terhadap sebarang bentuk jenayah yang menular dalam kalangan murid-murid sekolah. Beliau mohon segera melaporkan kepada pihak polis andai ada gejala tidak sihat ditemui.

Acara penyampaian hadiah kepda Tokoh Akademik iaitu Nur Syazwina bt. Azmir (Tahun 6S) dan Nur Afiqah bt. Mohd Yusoff (Tahun 6S) merupakan Tokoh Ko-Kurikulum bagi tahun 2015. Hadiah berupa Piala disampaikan oleh Guru Besar En. Mohd Husni b. Man. Guru Besar amat berbangga dengan kejayaan mereka dan berharap dengan kejayaan ini akan menjadi pendorong semangat kepada murid-murid lain untuk berjaya dengan cemerlang.
HARI GRADUASI TAHUN 6
________________________________________________________
EDISI SEPTEMBER/OKTOBER 2015 ************************************************************************** Surau Annajah SKBA bil. 4/2015
________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________________________________
BERIKUT BEBERAPA AKTIVITI PROGRAM YANG TELAH DIANJURKAN OLEH PIHAK PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SKBA. JOM BACA...
SEKITAR IMBASAN KENANGAN
|
MAJLIS BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT UPSR 2015
|
ACARA BERBASIKAL SEMPENA MAJLIS PENUTUP KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2015
________________________________________________________________________________________________________________________________
EDISI JUN/JULAI 2015 ************************************************************************** Surau Annajah SKBA bil. 3/2015
________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________________________________
SEJENAK BERSAMA TOK GURU
|
TAZKIRAH RAMADHAN 1436H. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t. atas nikmat yang dikurniakan sehingga pihak surau Annajah SKBA dapat menyusun satu program santapan rohani sempena bulan Ramadhan 1436H. Program ini bermula pada 22 Jun 2015 selepas solat zohor selama 20 minit di surau Annajah SKBA.
Tazkirah ini disampaikan oleh Ustaz Mohd Rosli b. Che Yon (Guru j-QAF kohort 2005). Beliau seorang yang giat berkecimpung dalam bidang ini sejak pulang dari Universiti al-Azhar Mesir pada tahun 2001. Pihak SKBA merasa bangga kerana mendapat seorang guru yang dapat membantu dan memperkasakan Pendidikan Islam di mata masyarakat. Semoga usaha murni beliau mengajar dan mendidik anak bangsa mendapat ganjaran yang baik di sisi Allah. Tujuan diadakan Tazkirah Ramadhan ini adalah sebagai pengisian di bulan Ramadhan untuk semua guru dan staf SKBA secara sukarela. Alhamdulillah sambutan menggalakkan. Slot tazkirah ini juga berpandukan buku yang bertajuk "Misbahul Munir". |
PERTANDINGAN HAFAZAN
Pn. Nooraini bt. Sudin (Penolong Kanan Pentadbiran) menyampaikan hadiah galakan kepada peserta hafazan.
|
Pertandingan hafazan diadakan pada setiap hari Rabu sepanjang Ramadhan. Pertandingan ini ter buka 1 dan tahap 2. Sukatan hafazan adalah mengikut sukatan pelajaran tahun masing-masing.
Tujuan diadakan pertandingan ini ialah untuk menggalakkan murid supaya menghafaz al-Quran sekaligus menghidupkan Ramadhan disamping beroleh pahala dari Allah s.w.t. Alhamdulillah pertandingan ini mendapat sambutan hangat daripada peserta. Semoga dengan adanya pertandingan ini dapat memberi semangat baru untuk peserta meneruskan hafazan mereka. |
Guru Besar dan Pn. Nooraini (PK 1) menyampaikan hadiah galakan kepada peserta hafazan tahap 1.
Peserta hafazan telah menerima hadiah galakan daripada En. Abdul Halim bin Abu Hassan (Penolong Kanan Ko-Kurikulum).
INFA' RAMADHAN
Infak Ramadhan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan untuk semua murid dan guru-guru serta staf SKBA secara sukarela. Kutipan ini dikendalikan oleh Ustazah Ernidawati. Alhamdulillah sambutan menggalakkan. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan dana untuk saham akhirat. Semoga segala keikhlasan yang telah ditunjukkan beroleh ganjaran daripada Allah s.w.t.
SEKITAR IMBASAN AKTIVITI PROGRAM SEPANJANG RAMADHAN
MARHABAN YA RAMADHAN
Pada 17 Jun 2015 sehari sebelum umat Islam menyambut 1 Ramadhan 1436H, satu majlis program Marhaban Ya Ramadhan telah diadakan di Kantin, SK Bagan Ajam bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.15 pagi. Pihak sekolah telah menjemput Pegawai j-QAF Pejabat Pendidkan Daerah Seberang Perai Utara (PPDSPU) iaitu Ustaz Mohd Faissol b. Che Ahmad sebagai penceramah jemputan untuk majlis ini. Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk sekitar Ramadhan al-Mubarak dengan mantap dan berkesan.
Antara isi ceramah beliau ialah menerangkan tentang definisi puasa iaitu menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat.
Menyatakan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh semua manusia yang beragama Islam. Pada bulan Ramadhan فُتحت أبواب الجنة وغُلقت أبواب النار bermaksud apabila tibanya Ramadhan dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Semua manusia yang beragama Islam akan berusaha sedaya mungkin untuk menambah amalan kebaikan kerana kemuliaan bulan Ramadhan. Ramailah orang akan berbuat kebaikan disebabkan pintu syurga dibuka.
Allah s.w.t. mahukan kita berbuat kebaikan sebab itulah dibukanya pintu syurga dan ditutup pintu neraka sebab mahukan kita tinggalkan kejahatan. Betapa sayang dan kasihnya Allah s.w.t. kepada kita.
Bulan Ramadhan juga dinamakan bulan al-Quran - شهر القرءان dan dipanggil juga bulan berkat iaitu di mana Allah s.w.t. memberi jaminan kebaikan kepada kita.Segala amalan kebaikan ditambah pahala oleh Allah s.w.t. al-Quran diturunkan pada 17 Ramadhan dan perbanyaklah membaca al-Quran dan isilah masa dengan membaca al-Quran sebanyak mungkin.
Lailatul Qadar juga terdapat pada bulan ini. Rebutlah dan carilah lailatul Qadar pada 10 terakhir. Semoga kita bertemu dengan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, in sya Allah.
Beliau juga mohon supaya kita memelihara puasa kita dan mudah-mudahan puasa kita diterima oleh Allah s.w.t. Selain itu beliau juga menegaskan supaya solat 5 waktu jangan ditinggalkan.
Beliau juga menyebut terdapat enam jenis panggilan yang Allah s.w.t. sebut iaitu antaranya ialah :

- Panggilan untuk memuji - للتحميد
- Panggilan untuk mengeji.
- Panggilan untuk peringatan.
- Panggilan - يا عبادي
- Panggilan - يا زكريا
- Panggilan untuk orang berpuasa - يا أيها الذين ءامنوا
Gambar di atas menunjukkan sekitar pelancaran Ihya' Ramadhan bersama Ustaz Mohd Faissol b. Che Ahmad (Pegawai j-QAF PPD Utara) dengan diperhatikan oleh Guru Besar En. Mohd Husni b. Man dan En. Abdul Halim b. Abu Hassan (Penolong Kanan Ko-Kurikulum).
TADARUS AL-QURAN
Tadarus al-Quran merupakan satu aktiviti wajib bila tibanya Ramadhan al-Mubarak. Pihak SKBA tidak ketinggalan menjalankan aktiviti ini sebagai memenuhi program Ihya' Ramadhan dan sekaligus sebagai mengimarahkan surau dibulan yang mulia ini.
Program Tadarus al-Quran ini telah dikendalikan oleh Pengerusi Surau Annajah SKBA iaitu Ustaz Zamri b. Baharom. Pembahagian tadarus ditetapkan mengikut kumpulan dan akan membaca juzuk-juzuk yang telah ditetapkan ke atas mereka. Setiap kumpulan diberi nama mengikut nama kalender Islam iaitu kumpulan 1 (Muharam), kumpulan 2 (Sya'ban) dan seterusnya. Terdapat 8 kumpulan terdiri daripada murid-murid tahun 5. Tadarus dijalankan semasa waktu khatam al-Quran di surau dengan bimbingan guru-guru Pendidikan islam yang terlibat.

Selain Tadarus al-Quran, solat Sunat Dhuha juga dijalankan sebagai pelengkap kepada program Ihya' Ramadhan. Solat ini juga dipimpin oleh Ustaz Zamri b. Baharom selepas Tadarus al-Quran.
MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH
Majlis Khatam al-Quran telah diadakan pada 14 Julai lalu bertempat di kantin SKBA. Khalifah Khatam bagi majlis ini ialah Ustaz Zamri b. Baharom selaku pengerusi surau SKBA. Sambutan yang sederhana ini telah memberi satu input beasar tentang peri pentingnya al-Quran dalam hidup kita. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Pihak SKBA mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan program ini.
Peserta Khatam terdiri daripada murid-murid tahun 6 yang berkebolehan membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid. Mereka telah dipilih dan dilatih oleh Ustaz Zamri b. Baharom sepanjang bulan Ramadhan. Akhirnya pada 14 Julai 2015 semua warga SKBA dapat menyaksikan bacaan mereka.
RIANG RIA SAMBUTAN AIDILFITRI
PERINGKAT SEKOLAH PADA 23 JULAI 2015
_____________________________________________________
EDISI MEI 2015 ***************************************************************************** Surau An-Najah SKBA bil. 2/2015
Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya guru tidak mengenal masa. Itulah yang dilakukan oleh guru, setiap masa bersama muridnya. Semua warga guru SKBA telah sepakat menghadiahkan ais krim yang dibuat sendiri oleh guru untuk diberikan kepada semua murid. Segala yang dirancang telah menjadi kenyataan di mana pada 18 Mei 2015, semua murid yang hadir ke sekolah mendapat ais krim "air tangan guru" dengan pelbagai perisa.
Ais krim ini diberi nama "Ais Krim 1 Malaysia". Semoga usaha murni dan keikhlasan guru mendidik mereka mendapat keredhaan Allah s.w.t. In sya Allah. |
Pada 18 Mei 2015, SK Bagan Ajam (SKBA) telah mengadakan dua program serentak iaitu "Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah" dan "Sambutan Israk dan Mikraj". Sambutan Hari Guru bermula pada jam 7.30 pagi di Tapak Perhimpuan SKBA. Manakala Sambutan Israk dan Mikraj diadakan di Surau Annajah SKBA.
Ikuti imbasan peristiwa Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2015. Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Rosli b. Che Yon sebagai pembuka majlis Hari Guru. Selesai bacaan doa, para guru menyanyikan lagu tema Hari Guru sebagai persembahan kepada semua murid kesayangan guru. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan meriah. Lihat gambar sekitar sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2015. Gambar 1 - Slot Pemberian Hadiah Kepada Guru.Gambar 1 : Pemberian hadiah khas kepada guru yang tidak pernah mengambil MC bermula dari April 2014 sehingga 18 Mei 2015.Guru tersebut ialah En. Mohd Husni b. Man (Guru Besar), Pn. Nooraini bt. Sudin (PK Pentadbiran), En. Gopal, En. Muhaiyaddin, Pn. Khalijah, Pn. Fairos, Pn. Hindun, Pn. Nagamal dan Pn. Sabariah.
Terima kasih kepada pihak pentadbir kerana prihatin dan "mesra rakyat" terhadap warga SKBA. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. atas nikmat kesihatan yang baik diberikan sehingga dapat menjalankan tugas dengan lancar. Sambutan Hari Guru pada tahun ini disambut secara sederhana. Apa yang penting adalah semata-mata untuk melihat sebuah kejayaan yang bakal menyinari mereka suatu hari nanti.Tiada balasan yang diharapkan melainkan kemenjadian mereka adalah diutamakan. Bersesuaian dengan tema guru pada tahun ini iaitu " Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak". Semoga hasrat untuk melihat anak didik berjaya menjadi kenyataan. Selamat Hari Guru daripada kami warga SKBA untuk semua warga pendidik di luar sana.
|
GAMBAR SEKITAR PROGRAM ISRAK DAN MIKRAJLAWATAN PENANDA ARAS KE SBT SK CONVENTPada 24-25 Mei 2015, keluarga SKBA telah mengadakan satu lawatan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) sebagai lawatan Penanda Aras ke Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) SK Convent, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur.
Alhamdulillah segala yang dirancang telah menjadi kenyataan dan pihak kami mendapat banyak maklumat dari sekolah tersebut. In sya Allah segala perkongsian yang diberikan akan dilaksanakan mengikut kesesuaian dan keadaan tempat di SKBA. Terima kasih kami ucapkan kerana mendapat layanan yang baik dan istimewa sepanjang lawatan kami ke sana. Semoga ukhuwwah antara SKBA dan SBT SK Convent berpanjangan hingga ke akhir hayat. Klik http://skconventch.blogspot.com/?zx=a3172e93fcba50f4 untuk melihat SBT SK Convent Tanah Rata. |
Pada 18 Mei 2015, jam 11.35-1.105 petang diadakan ceramah Israk dan Mikraj bertempat di Surau Annajah SKBA. Penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohd Shakirul Naim telah menyampaikan ceramah beliau bertajuk sekitar Israk dan Mikraj.Beliau merupakan seorang Pensyarah Sambilan di UTP dan juga merupakan Motivator (iConsultant Sdn. Bhd.).
Antara isi ceramah yang disampaikan ialah beliau menekankan konsep usaha iaitu untuk mendapatkan sesuatu kita perlulah berusaha. Tanpa usaha kita tidak akan memiliki apa yang kita hajati. Beliau juga mengaitkan ceramah Israk dan Mikraj dengan Hari Guru. Alhamdulillah semua murid dapat memberi tumpuan dengan baik semasa ceramah. Slot kuiz Israk dan Mikraj dijalankan secara spontan untuk murid-murid Tahap 2 dan hadiah disediakan kepada mereka yang berjaya menjawab soalan dengan tepat. Sesi pertandingan "Membina Slogan Israk dan Mikraj" juga disediakan bertujuan untuk mendedahkan murid-murid kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Selain itu, ia juga dapat melatih murid-murid supaya sentiasa berfikir dan menghahayati sirah Rasul s.a.w. Pertandingan ini dihakimi oleh guru Pendidikan Islam SKBA iaitu Pn. Jamakyah bt. Mohamed dan Ustaz Zamri b. Baharom. Team perempuan mendapat Johan Rose Poole. Manakala Team Hoki lelaki SKBA mendapat Naib Johan Kuantan 7's Hockey Challenge 2015.
SEKITAR MAJLIS PERSARAAN PN. FAIROS BT. ABDUL RAZAK
|
______________________________________________________
EDISI APRIL 2015 ************************************************************************** Surau An-Najah SKBA bil. 1/2015
REKOD PERISTIWA SURAU AN-NAJAH 2015
Lihat gambar sekitar pelancaran laman web surau An-Najah SKBA di bawah.
Ketua Panitia Pendidikan Islam En. Zailan b. Aboo Hassan bergambar kenangan bersama En. Mohd Rosli b. Che Yon semasa pelancaran laman web surau An-Najah.
|
SURAU IMARAH
|
Hoki : Pada 11 April lalu, pasukan Hoki Lelaki dan pasukan Hoki perempuan telah berjaya mendapat Johan bawah 12 tahun MSSPP daerah Seberang Perai Utara di SMK Mutiara Impian.
Detik bersejarah juga bagi pemain Hoki kerana sekali lagi mendapat Johan Negeri Pulau Pinang bawah 12 tahun MSSPP pada 22 dan 23 April 2015 bagi Team Lelaki dan Team Perempuan SKBA. Ucapan terima kasih tak terhingga buat jurulatih En. Mohd Husni b. Man (Guru Besar) dan Pn. Noor Ashikin bt. Abu Bakar atas kejayaan team Hoki. Sekalung tahniah daripada kami warga SKBA. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada En. Mohd Sani b. Siron selaku jurulatih khas sekolah. Pertandingan Kawad KakiPada 18 April 2015 pertandingan kawad kaki telah berlangsung di SM Sains Kepala Batas, daerah Seberang Perai Utara. Pasukan kawad kaki ini telah dipimpin oleh jurulatih SKBA En. Abdul Murshid b. Abdul Majid dan Pn. Noor Ashikin bt. Abu Bakar.
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas usaha yang telah ditaburkan untuk pasukan kawad kaki sekolah. Tarikh 1 April 2015 bertempat di Sk Desa Murni telah berlangsung pertandingan bagi Panitia Bahasa Melayu. SK Bagan Ajam telah mendapat Naib Johan bagi kategori Bahasa Berirama.Semua warga SKBA berbangga atas kejayaan tersebut.
Turut menjadi kebanggaan juga apabila kategori bercerita (Perempuan) mendapat tempat ke-4 daripada 22 buah sekolah yang dipertandingkan. Beliau ialah Nor Raihan murid tahun 4 Setia. Tahniah diucapkan kerana telah mengharumkan nama sekolah.Lihat gambar dibawah. Adik Raihan bergambar kenangan bersama Pn. Jalilah, Pn. Zuriyah dan PK Kokurikulum En. Abdul Halim b. Abu Hassan.
Kempen Plastik SifarBahagian Hal Ehwal Murid (HEM) iaitu Pn. Salawaty telah menganjurkan satu kempen "Plastik Sifar" di sekolah. Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan semua murid dan warga sekolah untuk menjaga kebersihan. Beliau berharap agar kempen ini berjaya dan sekolah akan kelihatan bersih.
|