EDISI OKTOBER 2022 ********************** SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 6/2022
_____________________________________________________________________

PROGRAM KEREMAJAAN PUTERA-PUTERI SK BAGAN AJAM
ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING / PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
PADA 19 OKTOBER 2022
SEKITAR LAPORAN MAJLIS SAMBUTAN SEMPENA MAULIDUR RASUL
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022
Pada 07.10.2022 yang lalu, Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah menganjurkan satu program bagi memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sempena kedatangan bulan Rabiul Awal. Pihak sekolah telah menjemput Ustaz Suhaizi bin Semail, Ketua Penolong Pengarah Unit HEM JPN Pulau Pinang untuk berkongsi ilmu tentang Sejarah Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Majlis bermula pada jam 7.45 pagi dengan bacaan Yasin oleh semua guru dan murid Islam SKBA di dewan terbuka. Lihat tentatif program dalam link yang disediakan - online.anyflip.com/gdnot/csur/mobile/ -
Selepas ceramah Maulidur Rasul, semua murid dan guru berjalan sambil bersolawat sebagai tanda mengingati dan menghayati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Lihat video penuh di youtube -youtu.be/tRcT88PGz4c .
Alhamdulillah dan syukur pada yang Maha Kuasa kerana apa yang dirancang berjalan dengan baik dan lancar walaupun terdapat sedikit kekurangan. Semoga program ini memberi kenangan dan pengajaran positif yang dapat diambil daripada sejarah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dan dimanfaatkan dalam kehidupan harian secara beradab dan istiqamah.
Sebagai kesimpulan, ucapan terima kasih tidak terhingga kepada barisan pentadbir, guru-guru dan semua warga SKBA yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini mendapat input terbaik sekaligus dapat memperkasakan Pendidikan Islam. Sekian, terima kasih.

GAMBAR KENANGAN SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH
JOM TONTON PERARAKAN ANAK-ANAK SKBA |
________________________________________________________
EDISI OGOS 2022 ************************* SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 5/2022
____________________________________________________
Baru-baru ini pada tarikh 5 Ogos 2022, panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan satu program bagi memperingati sejarah hijrah Rasullullah s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah sempena sambutan Maal Hijrah tahun1444H.
Pihak sekolah telah menjemput Ustazah Maudah binti Ali, penceramah dari SMK Baling, Kedah Darul Aman untuk berkongsi ilmu tentang hijrah sekaligus menyantuni dan menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak dan warga SKBA.
Program ini bermula pada 7.45 pagi hingga 10.45 pagi bertempat di dewan SKBA untuk pengisian rohani (klik link buku program anyflip.com/pjedg/rsoy/ ). Selepas rehat tahap 1 dan tahap 2 semua murid Islam berada di kelas masing-masing untuk menjalani pertandingan mewarna Poster Maal Hijrah dan Pertandingan Kuiz Bertulis.
Alhamdulillah dan syukur pada yang Maha Kuasa kerana apa yang dirancang berjalan dengan baik dan lancar walaupun terdapat sedikit kekurangan dan kelemahan. Semoga program ini dapat memberi input positif kepada anak-anak didik SKBA dari segi ilmu pengetahuan dan sahsiah.
Akhir bicara, terima kasih kepada barisan pentadbir, guru-guru dan semua warga SKBA yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga Allah menerima segala amalan kita. Terima kasih.

Jom tonton perjalanan program Maal Hijrah Peringkat Sekolah Tahun 2022.
|
SALAM MAAL HIJRAH DARIPADA
|
________________________________________________________
EDISI JULAI 2022 ************************ SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 4/2022
____________________________________________________
AKTIVITI PENGUKUHAN KEM BESTARI SOLAT
SLOT PERLAKUAN SOLAT - TAHUN 4
Setiap tahun Panitia Pendidikan Islam akan menganjurkan Kem Bestari Solat untuk semua murid Islam Tahun 1 hingga 6. Program ini bertujuan untuk memperkasakan Pendidikan Islam sekaligus membolehkan murid-murid SKBA menunaikan solat dengan betul dan sempurna.
Justeru itu, simulasi pengukuhan dan pengayaan slot perlakuan dan bacaan dalam solat diadakan sebagai latihan untuk mencapai solat sempurna dalam kalangan murid-murid.
Apabila selesai slot pengukuhan dan pengayaan ini, satu kem akan dibuat untuk melihat sejauh manakah keberkesanan pengukuhan dan pengayaan dapat dicapai.
Postmortem dan soal selidik Kem Bestari Solat juga akan dibuat di akhir kem bagi mendapatkan data solat murid-murid. Penambahbaikan akan dibuat sekiranya terdapat kelemahan semasa kem dilaksanakan.
Semoga usaha kecil ini akan memberi manfaat yang baik untuk anak-anak SKBA dalam kehidupan harian dan mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang sentiasa menunaikan solat.

KLIK " PLAY " PADA GAMBAR DIBAWAH.
GAMBAR SEKITAR KENDURI KORBAN SKBA
12 JULAI 2022 - KANTIN SK BAGAN AJAM
KENDURI KORBAN SKBA
|
|
AKTIVITI PENGUKUHAN KEM BESTARI SOLAT - ( SLOT WUDUK - TAHAP 1 )
OLEH : USTAZ ZAMRI BIN BAHAROM
Aktiviti pengukuhan dan pengayaan sentiasa diterapkan semasa PdPc Khatam Al-Quran di surau. Semasa murid-murid membaca al-Quran secara talaqqi Musyafahah bersama ustaz atau murid turus, slot pengukuhan dan pengayaan berkaitan perkara-perkara Fardhu Ain akan dikongsikan disamping hukum-hukum tajwid.
Hal ini bertujuan agar murid-murid sentiasa peka dan cakna terhadap perkara-perkara Fardhu ain sekaligus dapat beribadat dengan betul dan sempurna.

BACAAN AL-QURAN (MODEL KHATAM) - SURAU ANNAJAH SKBA
- TAHUN 4 DELTA 4 ALPHA DAN 4 SIGMA -
________________________________________________________
EDISI MEI-JUN 2022 ********************* SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 3/2022
____________________________________________________
PROGRAM CINTA JAWI SEMPENA BULAN GALAKAN MEMBACA
🌺☘️🌺☘️🌺☘️🌺☘️🌺☘️🌺☘️
Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PSS SKBA telah mengadakan *Pertandingan Cinta Jawi* sempena Bulan Galakan Membaca.
Syarat-syarat pertandingan.
🎗Penyertaan terbuka kepada murid islam tahun 4,5 dan 6.
🎗Tarikh pertandingan bermula 30/5/2022-12/6/2022
🎗Anda perlu mencari satu pantun 4 kerat dan tukar ke dalam tulisan jawi kemudian hias dengan bingkai/border mengikut kreativiti sendiri.
🎗Lima pemenang akan dipilih bagi setiap kelas.
🎗Hantar karya anda kepada guru Pend. Islam masing-masing.
🪸🪸🪸🪸🪸🪸🪸🪸🪸🪸🪸🪸
Alhamdulilah dan sekalung tahniah kepada semua pemenang. Anda hebat.

EDISI APRIL 2022 ************************ SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 2/2022
____________________________________________________
SEKITAR MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH
BERSAMA KHALIFAH KHATAM USTAZ ZAMRI BIN BAHAROM
29 APRIL 2022
BERTEMPAT DI DEWAN TERBUKA SKBA
SEKITAR GAMBAR PENYERAHAN BANTUAN EIDULFITRI OLEH GURU BESAR SKBA
EN. MUHAMAD HUSNI BIN HARON
Pada 29 April 2022 Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan satu slot menyantuni anak-anak prihatin dengan pemberian barangan keperluan dapur sempena sambutan Eidulfitri pada tahun ini.
Majlis penyerahan bantuan ini telah disempurnakan oleh En. Muhamad Husni bin Haron selaku guru besar dengan diiringi oleh En. Norzaini bin Zainul Abideen selaku PK Kokurikulum.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan diharapkan semoga usaha kecil ini dapat dimanfaatkan bersama. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak.
Majlis penyerahan bantuan ini telah disempurnakan oleh En. Muhamad Husni bin Haron selaku guru besar dengan diiringi oleh En. Norzaini bin Zainul Abideen selaku PK Kokurikulum.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan diharapkan semoga usaha kecil ini dapat dimanfaatkan bersama. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak.
________________________________________________________
EDISI MAC 2022 ************************ SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 1/2022
____________________________________________________
PROGRAM SINAR SUBUH - PROGRAM KPI SEKOLAH DAN PANITIA
"Sinar subuh" merupakan satu program "klinik Al-Quran" di mana pemilihan dalam kalangan murid-murid yang masih tahap bacaan Iqra'. Ia adalah salah satu program KPI sekolah dan Panitia untuk capai target sifar Iqra'. Semua guru pendidikan Islam dan bahasa Arab terlibat secara langsung dalam program ini.
Program selama lebih kurang 20 minit ini bermula pada jam 7.20 - 7.40 pagi setiap Isnin hingga Jumaat. Ia bertujuan bagi mempercepatkan bacaan Iqra' disamping kelas Tasmik sekaligus dapat membaca Al-Quran dengan baik dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Murid-murid yang telah dipulihkan dan dapat membaca Al-Quran tidak perlu lagi ke program ini sebaliknya diganti dengan murid baru yang masih Iqra' 1-3. Begitulah seterusnya proses baik pulih dijalankan sehingga mencapai tahap sifar iqra'.
Harapan kami agar usaha murni ini dipermudahkan oleh Allah dan murid-murid dapat membaca Al-Quran dengan baik dan cemerlang. Itulah harapan sekolah untuk anak-anak SKBA. Semoga usaha kecil ini dapat memberi imput positif bagi membenteras masalah cicir al-Quran dalam kalangan murid-murid khususnya murid-murid tahap 2.