TARIKH : 27 MAC 2015
|
Suatu ketika dahulu, surau SKBA hanyalah digunakan sebagai pusat untuk melaksanakan aktiviti keagamaan sahaja. Seiring dengan peredaran zaman, kini surau SKBA meriah dengan pelbagai aktiviti lain seperti Pengajaran dan Pembelajaran Berkelompok, muzakarah kaunseling, pusat rujukan dan bahan bacaan (mini library), ceramah program kebesaran Islam, pusat mengakses laman sesawang dan pelbagai lagi. Semua ini adalah hasil kesedaran tentang peranan surau sekaligus mengembalikan konsep peranan surau zaman Rasul s.a.w.
Sebuah surau yang tersergam indah merupakan satu bonus untuk warga SKBA. Berkat hasil sumbangan para guru dan inisiatif AJK surau dan semua warga SKBA termasuk masyarakat setempat telah berusaha menaikkan nama surau SKBA di mata masyarakat. Akhirnya pada tahun 2015 satu berita gembira diterima di mana surau An-Najah SKBA telah diumumkan oleh pihak PPD dan JPN sebagai surau imarah dan dicalonkan ke pertandingan Surau Imarah peringkat Daerah. Menyedari akan hakikat sebenar surau telah terpilih maka satu jawatankuasa laman sesawang telah ditubuhkan bagi mengorak langkah lebih jauh untuk maju ke hadapan. Justeru itu, bahagian ini telah menerbitkan satu laman Surau an-Najah yang dirasakan perlu untuk dikongsi bersama masyarakat di luar sana. Seiring dengan dunia ICT yang berkembang pesat tanpa sempadan, maka platform surau ini menyediakan sebanyak mungkin maklumat selain fungsi surau sebagai satu saluran maklumat yang boleh memberi munafaat kepada warga sekolah khususnya dan seluruh masyarakat amnya. Bertepatan dengan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud " Sesiapa yang berkehendak kepada dunia , maka hendaklah dia berilmu, maka sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan dunia dan akhirat maka hendaklah dia berilmu ". Semoga kejayaan sentiasa bersama kita, in sya Allah. JOM KENALI . . . .
|