EDISI KHAS 2019 ********************* SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 6/2019
______________________________________________________________________

TINGGAL KENANGAN - JASAMU DIKENANG - TERIMA KASIH CIKGU
EN. MOHD HUSNI BIN MAN - GURU BESAR SKBA 2014-2019
BUDIMU TIDAK TERBILANG
SEMANGATMU SENTIASA DIJULANG
KEPIMPINANMU AMAT GEMILANG
SEMOGA TERUS CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG
UCAPAN ALUAN GURU BESAR SEMASA PELANCARAN LAMAN SESAWANG PORTAL SURAU ANNAJAH SKBA TAHUN 2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam (SKBA) yang saya hormati sekalian.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Jawatankuasa Surau An-Najah Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam kerana telah memberi kesempatan kepada saya untuk memberi sekapur sireh seulas pinang.
Tahniah saya ucapkan kepada Jawatankuasa Surau An-Najah kerana telah berjaya menyahut cabaran Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang untuk membina laman sesawang Surau An-Najah Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam bagi menyemarakkan lagi Program Imarah Surau sekolah ini.Saya percaya dengan adanya laman sesawang ini maka semua informasi mengenai Program dibawah anjuran Surau An-Najah dapatlah dikongsi bersama.
Saya yakin dengan keazaman dan tekad barisan kepimpinan surau An-Najah serta kerjasama semua warga Sk Bagan Ajam, maka segala aktiviti yang dirancang akan berjaya dengan cemerlang. Justeru itu, saya berharap Jawatankuasa Surau An-Najah akan sentiasa memastikan Program Imarah ini akan berterusan sampai bila-bila.Penglibatan semua pihak seperti JPN, PPD,PIBG dan masyarakat setempat adalah sangat diharapkan bagi memantapkan lagi Surau An-Najah.
Akhir kata, saya mengakhiri cetusan ini dengan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Surau An-Najah Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam, bagi Program Imarah Surau yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Sesungguhnya usaha yang murni ini akan mendapat keberkatan Allah s.w.t.
Sekian, terima kasih.
2015

________________________________________________________
EDISI KHAS 2019 ********************* SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 5/2019
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN
13 SEPTEMBER 2019
12 SEPTEMBER 2019 DALAM KENANGAN
Tinggal kenangan....Sir Jeevan Jothee merupakan seorang guru dan pentadbir yang sangat disenangi oleh semua warga sekolah. Sikap beliau yang profesional dan cool menggambarkan keperibadian seorang guru yang patut dicontohi.
GAMBAR SEKITAR MAJLIS MOTIVASI
BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT TAHUN 6 UPSR
29 OGOS 2019
PERTANDINGAN LAGU-LAGU PATRIOTIK
27 OGOS 2019
________________________________________________________
EDISI KHAS 2019 ********************* SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 4/2019
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
AKTIVITI "BAIK PULIH" QURAN BERSAMA MURID-MURID TAHUN 5
KEM BESTARI SOLAT TAHAP 1 - وضوء
LADAP PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
DEMO INOVASI KHATAM AL-QURAN TEKNIK i-Z.A.K.I
18 JUNE 2019
OLEH PN. SABARIAH BINTI OTHMAN
GURU j-QAF KOHORT 2005
Teknik i-ZAKI merupakan satu teknik inovasi untuk mempercepatkan khatam bacaan al-Quran dalam kalangan murid. Alhamdulillah dengan menggunakan teknik ini, segala masalah dapat diselesaikan dengan cepat.
________________________________________________________
EDISI KHAS 2019 ********************* SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 3/2019
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
16 MEI 2019
________________________________________________________
EDISI KHAS 2019 ********************* SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 2/2019
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
مجليس ختم القرءان
MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH BERSAMA
KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2019
USTAZ ZAMRI BIN BAHAROM
Bulan Ramadhan bulan yang mulia. Keindahan Ramadhan dihiasi dengan alunan bacaan al-Quran yang memenuhi perjalanan seharian hidup kita. Sedar tidak sedar, kita telah berada di penghujung Ramadhan. Bagi memberkati bulan mulia ini, satu majlis khatam al-Quran telah diadakan sebagai tanda kita telah berjaya membaca keseluruhan ayat al-Quran (sebuah al-Quran) dan mudah-mudahan kita dapat istiqamah membaca al-Quran hingga akhir hayat.
Hampir setiap tahun mengingatkan kita betapa besar ganjaran membaca al-Quran di bulan yang mulia ini. Alhamdulillah hari ini diadakan majlis khatam al-Quran bagi semua warga sekolah setelah hampir sebulan menjalani ibadah dibulan Ramadhan. Sedih pilu turut dirasi kerana Ramadhan akan pergi meninggalkan kita tidak berapa lama lagi. Semoga Allah panjangkan umur kita dan berada dalam kesihatan dan kebajikan supaya dapat bertemu Ramadhan yang akan datang.

PENYAMPAIAN HADIAHSlot pemberian hadiah telah disempurnakan oleh guru besar En. Mohd Husni bin Man dan PK Pentadbiran Pn. Nooraini binti Sudin. Hadiah wang tunai diberikan kepada peserta khatam iaitu murid-murid tahun 6 yang terpilih. Manakala peserta azan dan iqamah juga turut menerima hadiah wang tunai dan cenderamata.
Selain itu, sumbangan barangan dapur turut diberi kepada murid-murid yang kurang berkemampuan bagi menampung kelangsungan hidup sempena idul fitri yang bakal menjelma. Terima kasih diucapkan kepada guru besar dan Pk Pentadbiran atas kesudian menyampaikan hadiah kepada peserta. |
PERTANDINGAN AZANPertandingan azan dan iqamah diadakan bertujuan untuk melatih dan mendidik mereka supaya berani dan rasa bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas seharian.
Alhamdulillah semua peserta berbakat dan berminat. Semoga mereka terus istiqamah dalam melaungi azan agar syiar Islam terus kekal gemilang. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan program yang baik ini. |