1 - Memperkasakan Pendidikan Islam. 2 - Menyeru kebaikan dan mencengah kemungkaran. 3 - Melahirkan insan berilmu, beriman, beramal dan bertaqwa. 4 - Membentuk sahsiah berlandaskan al-Qur'an dan as-Sunnah.
Bengkel Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) dijalankan di tapak perhimpunan SKBA
Bengkel Program PAFA merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan secara kelompok setiap minggu hari jumaat bagi semua murid Islam tahun 6. Peruntukan masa selama 15 minit sahaja semasa PdP Pendidikan Islam. Program ini bertujuan untuk memastikan semua murid Islam tahun 6 dapat menguasai Perkara Asas Fadhu Ain (PAFA) dengan sempurna sebelum mereka melangkah ke alam remaja.
Memandangkan Fardhu Ain merupakan perkara wajib maka pihak Panitia Pendidikan Islam sentiasa memantau dan memastikan setiap murid dapat menguasai PAFA dengan jayanya. Alhamdulillah dengan adanya bengkel ini maka semua murid akan sentiasa bersedia kerana sesi tasmik tajuk-tajuk PAFA dijalankan pada masa itu. Mudah-mudahan usaha untuk memperkasakan Pendidikan Islam akan berterusan dan beroleh kejayaan in sya Allah.