EDISI KHAS 2020 ************************ SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 3/2020
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
SEKITAR GAMBAR PERSIAPAN GURU SEBELUM SESI PERSEKOLAHAN DIBUKA SEMASA PENDAMIK COVID 19 - NORMA BAHARU ALAM PERSEKOLAHAN.
________________________________________________________
EDISI KHAS 2020 ************************ SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 2/2020
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
RENUNGAN DAN MUHASABAH DIRITasbih Zikir Menghadapi Musibah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضى الله عنه قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم كَلِمَتَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: Dua kalimah yang dicintai Al-Rahman. Ia ringan di atas lidah. Ia berat di atas timbangan. Maha Suci Allah, pujian untukNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung. (HR Bukhari No: 7563) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Dua kalimah yang dicintai Allah adalah kalimah tasbih: سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ Maha Suci Allah, pujian untukNya سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ Maha Suci Allah yang Maha Agung 2. Kalimah tasbih ini adalah zikir yang diajar oleh Rasulullah SAW untuk kita lazimi. 3. Kedua-dua tasbih ini amat mudah untuk diucapkan namun ganjaran timbangannya amat berat. 4. Imam al-Syafie berkata: Aku tidak melihat sesuatu yang lebih bermanfaat berbanding tasbih ketika berlakunya wabak. (Hiyatul Awliya' 9:16). 5. Dalam suasana Negara kita menghadapi penularan wabak Covid 19 ini, marilah kita perbanyakkan zikir dan tasbih supaya kita terhindar daripada wabak ini. عَنْ صُهَيْبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
Daripada Shuhaib r.a ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (HR Muslim No: 5318) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Mukmin yang dikagumi ialah yang sentiasa bersyukur dengan nikmat dan bersabar dengan setiap musibah yang berlaku keatas dirinya. 2. Mukmin yang sempurna sentiasa bersyukur diatas setiap kebaikan atau nikmat yang diperolehi. Syukur itu diperlihatkan pada lima perkara: a. Tunduk dan merendah kepada Allah, zat yang disyukuri b. Cinta kepada Allah c. Mengakui bahawa nikmat itu adalah pemberian Allah d. Memuji Allah dengan lisan dan perbuatan atas limpahan nikmat tersebut e. Tidak memanfaatkannya dalam perkara yang dibenci Allah. 3. Mukmin yang dikagumi itu ialah apabila mendapat keburukan atau musibah, dia bersabar dan reda. Contoh musibah wabah Covid 19 yang membuatkan setiap kita terpaksa kuarantin di dalam rumah dalam tempoh yang agak lama. Dengan kesabaran ini semoga kita dapat meningkatkan kedudukannya serta dianugerahkan pahala tanpa batasan daripada Allah SWT. 4. Ibnu Qayyim menyatakan, sabar merupakan setengah dari keimanan dan setengahnya lagi adalah syukur. 5. Seorang yang tidak beriman, hatinya sentiasa keluh kesah, jiwanya selalu meronta dan terseksa apabila ditimpa musibah seperti wabak Covid 19 ini. Hati dipenuhi perasaan dukacita dan kemarahan. Tidak redha malah cuba menyalahkan orang lain sebagai penyebab virus ini berkembang. Kita lupa bahawa sebelum ini telah banyak nikmat yang dianugerahkan kepada kita yang tidak disyukuri. 6. Pentingnya sifat syukur apabila seseorang mendapat kebaikan dan bersabar apabila ditimpa musibah kerana ianya menjadikan seseorang itu sebenar-benar Mukmin. Namun amatlah sedikit dalam kalangan hamba yang diberikan dua sifat ini. Justeru, taufik dan hidayah Allah SWT amat diperlukan untuk meraih anugerah ini kerana sifat syukur dan sabar itu adalah sebaik-baik nikmat. الله المستعانMarilah kita sama-sama bermuhasabah dengan musibah yang menimpa seluruh dunia. Apakah ianya sebagai peringatan atau teguran daripada Allah atas dosa-dosa kita atau sebaliknya? Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang sentiasa memohon keampunan atas dosa-dosa kita.
Banyaknya dosa-dosa kita yang memerlukan kita kepada banyak beristighfar adalah salah satu cara untuk kita menyekat daripada wabak ini terus merebak. Ayuh semua, marilah kita perbanyakkan istighfar, jika sebelum ini kita hanya mampu beristighfar seratus dalam sehari, maka bermula hari ini marilah kita tingkatkan lagi ke angka yang melebihi seratus. Semoga usaha kita yang sedikit ini dapat membantu penularan ini daripada terus berleluasa. Apabila dilihat makna di sebalik ungkapan ISTIGHFAR, “Aku memohon keampunan dari Allah swt.”; dapat dilihat bahawa ungkapan ini adalah suatu lafaz bertaubat dari dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seorang hamba kepada Tuhannya. Jelas sekali bahawa lafaz yang sangat pendek ini amat besar nilainya di sisi Allah swt iaitu sama besarnya dengan taubat seperti dalam firmanNya: Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (Surah An-Nasr: 3) Kita adalah seorang hamba yang tidak sunyi daripada melakukan kesalahan. Kelemahan diri dalam melawan hawa nafsu menyebabkan kita sering terjebak dengan kemaksiatan dunia. Namun janganlah pernah berputus asa dalam mengharapkan keampunan daripada Allah s.w.t dan teruslah beristighfar. Allah s.w.t telah berjanji seperti di dalam sabda baginda Rasulullah s.a.w: Firman Allah s.w.t, “Wahai hamba-hambaKu, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepadaKu, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahawa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).” Riwayat Ibnu Majah, Tirmidzi Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa! (Surah Hud: 52) Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun). (Surah Al-Anfal: 33) Mintalah ampun pada setiap masa kerana sesungguhnya kita tidak tahu bila Allah s.w.t akan mengurniakan keampunan kepada kita. Jangan berhenti mengharapkan keampunan Allah swt kerana kita tidak tahu lafaz yang mana diangkat Allah swt sebagai asbab menyelamatkan kita dan keluarga kita dari azab dan bala di dunia dan di akhirat. |
SERIBU HIKMAH DISEBALIK PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)Tahun 2020 telah mencatat sejarah di mana buat pertama kalinya secara meluas kita tidak dibenarkan solat berjemaah di masjid. Hal ini kerana untuk memutuskan rangkaian covid 19 demi keselamatan kita semua.
Tanpa kita sedari kita telah diingatkan kepada suatu keadaan pada zaman Rasul s.a.w. Allahu Akbar terjadi hal yang sama pada zaman kita sekarang tahun 2020. Kuasa Allah mengatasi segalanya. Terima dengan redho kerana banyak hikmah yang kita dapati di sebalik wabak covid 19 ini. Antaranya ialah : 1- Laungan Azan yang sebelum ini belum pernah berkumandang dengan lafaz " صلوا في بيوتكم telah dapat kita dengari laungan ini dengan sayu dan sedih.
2- Pelbagai doa yang dianjurkan kepada kita telah tular di media sosial dengan banyak bagi membendung daripada terkena jangkitan wabak ini. Doa-doa ini kebanyakan telah kita ketahui, namun kita lebih istiqamah mengamalkanya tika dan saat covid 19 melanda.
Doa adalah senjata orang mukmin. Alhamdulilah kita bersyukur di bumi Malaysia kita dilingkungi dengan pelbagai etnik yang saling ingat memperingati. Semuanya bersatu demi memutuskan rangkaian wabak covid 19 daripada terus menular. 3- Tidak ketinggalan juga pelbagai saluran sumbangan seperti tabung covid 19 dan lain-lain tumbuh bagai cendawan. Kenapa fenomena ini berlaku? Semuanya kerana manusia terpanggil untuk melakukan apa yang sepatutnya dituntut dalam Islam.
Alhamdulilah ini merupakan satu hikmah di mana jika sebelum ini kita agak sukar untuk memberi sumbangan tetapi dengan kedatangan wabak ini kita adalah salah seorang penderma yang Allah gerakkan untuk memberi sumbangan. Allahu Akbar Allah masih sayangkan kita. 4- Sebagai contoh keadaan seorang guru jika dilihat adalah agak tertekan semasa di rumah dalam tempoh PKP dengan pelbagai tugas yang perlu digalas. Namun semuanya dapat diatasi dengan sabar dan harmoni.
Begitulah yang telah Allah aturkan kepada kita. Cantiknya aturan Allah wlaupun pada pandangan mata kita nampak seperti tidak baik namun satu masa nanti kita akan dapati kebaikan yang amat manis menjadi milik kita. Semua ini adalah dengan pertolongan Allah yang Maha Kuasa. Walau nampak sukar untuk dilalui situasi seperti gambar di bawah dalam tempoh PKP namun dengan pertolongan Allah kita dapat harungi tanpa kita sedari. Kita sebagai hamba hanya menjalankan dengan redho dan sabar supaya segala kerja buat kita menjadi ibadah. In sya Allah 5- Pengorbanan yang luar biasa yang belum pernah terlintas difikiran mereka akan berhadapan dengan situasi yang agak sukar ditempuh, iaitu kumpulan barisan hadapan "frontliner".
Menjadi satu kewajiban mereka bertarung nyawa demi kesembuhan dan keselamatan untuk menyelamatkan keadaan pendamik covid 19 daripada terus menular. Mereka itulah fronliner yang berusaha sedaya mungkin berjuang untuk menyelamatkan kita daripada wabak ini merupakan satu pekerjaan yang amatlah mulia. Allah memilih mereka kerana Allah mengetahui mereka mampu mengendalikannya. Betapa ganjaran yang mereka dapat kerana mereka sanggup korbankan diri demi menyelamatkan diri yang lain. Satu pengorbanan yang patut kita banggakan. Jika kita di tempat mereka belum tentu boleh berhadapan dengan situasi sedemikian. Oleh itu, hargailah mereka dan bantulah mereka demi keselamatan bersama. STAY AT HOME. |
________________________________________________________
EDISI KHAS 2020 ************************ SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 1/2020
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
GOTONG-ROYONG PERINGKAT SEKOLAH
|
INDAHNYA BERUKHUWWAH
|