EDISI MEI/JUN 2017M = EDISI 1438H *********************************************************** BIL . 2/2017
______________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________
Sabda Rasulullah:-
Maksudnya: “Setiap amalan anak Adam itu digandakan pahalanya, satu kebaikan seumpama sepuluh, hingga 700 kali ganda. Allah berfirman (dalam hadis qudsi): Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah untuk Aku dan Akulah yang akan memberikan ganjarannya. Dia meninggalkan syahwatnya, makanannya kerana Aku. Bagi orang-orang yang berpuasa dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya, dan bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi di sisi Allah.” [HR: Muslim dari Abu Hurairah]
Sabda Rasulullah:
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan Ihtisab(mengharapkan pahala) maka diampun-kan baginya dosa-dosa yang lepas”. [HR: Al-Bukhari dan Muslim].

SEKADAR RENUNGAN DAN MUHASABAHSetiap tahun semua umat Islam akan merindui kedatangan Ramadhan. Ucapan Ramadhan Kareem telah mula menyapa bila menjelangnya Ramadhan. Itulah Barakah yang dapat kita rasakan pada Ramadhan.
Bulan Barakah bermaksud Allah telah menggandakan pahala dan ganjaran setiap amal yang kita lakukan kepada yang lebih daripada kebiasaannya. Barakah inilah yang akan kita rebut andai kita betul-betul menghayati Ramadhan ini. Betapa Maha Pengasihnya Allah kepada kita. Selain digandakan pahala, Dibukakan pintu-pintu syurga agar kita dapat memohon keredhoaan dan keampunan daripadaNYA. Alangkah ruginya kita andai peluang yang Allah berikan ini disia-siakan. Dibelenggu syaitan supaya hambanya dapat beribadat tanpa sebarang gangguan. Betapa Maha Pemurahnya Allah kepada hambanya. Diberikan ganjaran melebihi seribu bulan iaitu Malam al-Qadar di mana ganjaran yang hanya ada pada bulan Ramadhan sahaja. BERTEMU LAILATUL QADARLAILATUL QADAR
Di dalam Ramadhan yang berkat ini Allah menghadiahkan kepada hamba-hambanya satu malam yang yang sangat berkat iaitu Lailatul Qadr. Sabda Rasulullah sewaktu menaiki mimbar di Madinah: Maksudnya: “Sangat malang, orang yang berkesempatan melalui Ramadhan tetapi tidak diampunkan dosanya”. [HR: Ibnu Khuzaimah, al-Baihaqi] Oleh itu, tidak sepatutnya bagi seorang muslim yang berakal melepaskan peluang yang amat bernilai ini untuk dirinya dan keluarganya. Ia hanya datang sekali dalam setahun. Marilah kita bertekad dan berazam untuk memperuntukkan waktu dan masa kita dengan amal ibadat bagi merebut peluang ganjaran pahala yang dijanjikan Allah dan RasulNya. 5) Menjaga lidah, mengurangkan kata-kata dan menjauhi sifat dusta.
Sabda Rasulullah: Maksudnya: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan dusta dan terus mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat agar dia meninggalkan makanan dan minumannya (yakni berpuasa).” [HR: Al-Bukhari]. Hadis tersebut menunjukkan bahawa berpuasa juga bermaksud menahan diri daripada pembohongan dan kata-kata yang sia-sia dan tidak berfaedah sebagaimana seseorang itu menahan diri daripada makan dan minum. Sekiranya dia tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka berkuranganlah pahalanya dan dia terdedah kepada kemurkaan Tuhannya. Sabda Rasulullah: Maksudnya: “Jika seseorang daripada kamu mula berpuasa maka janganlah dia melakukan Rafath (melakukan perkara-perkara yang membangkitkan nafsu) dan janganlah dia bergaduh, sekiranya seseorang mencaci atau memusuhinya maka hendaklah dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa! Sesungguhnya aku berpuasa!” [HR: Muslim] Ali bin Abi Thalib berkata: “Sesungguhnya puasa bukanlah hanya menahan diri daripada makanan dan minuman, tetapi juga dari penipuan, kebatiIan dan perkara yang sia-sia”. Berkata Mujahid: “Dua perkara yang sesiapa meninggalkannya maka sempurnalah puasanya: Ghibah (mengumpat) dan menipu”. Abu al-Aliah pula berkata: “Orang yang berpuasa tetap dalam ibadatnya selagi dia tidak melakukan Ghibah”. Rahsia di sebalik larangan-Iarangan ini khususnya ketika sedang berpuasa ialah kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah dengan meninggalkan perkara-perkara yang harus, tidak akan sempurna kecuali setelah meninggalkan perkara-perkara yang haram. la adalah seumpama orang yang meninggalkan perkara-perkara fardhu untuk melakukan perkara-perkara sunat, apakah faedahnya? 7) Umrah pada bulan Ramadhan.
Sabda Rasulullah: Maksudnya: “Satu umrah pada bulan Ramadhan ganjarannya menyamai satu haji”. Dalam riwayat yang lain: “Menyamai satu haji bersamaku”. [HR: Al-Bukhari dan Muslim]. ZIKIR DAN ANDA6) Doa, Zikir dan Istighfar.
Semua hari-hari Ramadhan adalah waktu yang mulia, maka ambillah kesempatan ini dengan memperbanyak-kan zikir dan doa, khususnya pada waktu-waktu yang mustajab seperti: * Ketika hampir waktu berbuka. Nabi menyebutkan tiga doa yang tidak ditolak antaranya ialah orang yang berpuasa sehingga dia berbuka. [HR: At-Tirmizi, sahih] * Di sepertiga malam ketika Allah menyeru: “Adakah ada orang yang berdoa, maka aku perkenankan, adakah orang yang memohon keampunan, maka Aku mengampunkannya”. [HR: Al-Bukhari & Muslim]. * Memohon keampunan Allah ketika waktu sahur. Firman Allah: Maksudnya: {Dan ketika waktu sahur mereka memohon keampunan}. [Az-Zariyat:18]. Jangan kita lupa juga terdapat ganjaran-ganjaran yang besar bagi orang berzikir. Terdapat banyak nas-nas al-Quran dan hadis-hadis Nabi r yang sahih menjelaskannya. |
RAMADHAN KAREEM2) Ramadhan dan membaca al-Quran:-
Nabi menceritakan bahawa Jibril membacakannya al-Quran setiap tahun sekali pada bulan Ramadhan, dan pada tahun kewafatan Baginda sebanyak 2 kali. [HR: Al-Bukhari dan Muslim]. Para ulama‟ bersungguh-sungguh memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadhan. Sebahagian mereka mengkhatam-kan al-Quran dalam tempoh 3 malam, sebahagian setiap satu minggu dan sebahagian mereka dalam tempoh 10 hari sekali. Mereka membacanya ketika di dalam solat dan juga di luar solat. Imam asy-Syafie akan mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60 kali dalam bulan Ramadhan dan beliau membacanya di luar solat. Ibnu Rajab berkata: “Larangan mengkhatamkan al-Quran kurang dari tiga hari ialah bagi mereka yang menjadikannya sebagai satu amalan biasa yang berterusan. Adapun pada waktu-waktu yang terdapat keutamaan seperti pada bulan Ramadhan, khususnya pada malam-malam yang dijangkakan Lailatul Qadar ataupun ketika berada di tempat-tempat yang mempunyai kelebihan seperti di Makkah bagi orang-orang luar yang memasukinya maka disunatkan memperbanyakkan membaca al-Quran sebagai mengambil peluang masa dan tempat”. 3) Qiyamullail: Bagi seorang mu‟min apabila berada pada bulan Ramadhan akan berhadapan dengandua jihad di dalam dirinya. Pertama jihad di siang hari dengan berpuasa dan kedua jihad pada malam hari dengan Qiyamullail. Sesiapa yang berjaya melakukan dua jihad ini dengan melaksanakan hak-haknya dengan sabar dan sempurna maka ganjarannya amat besar tidak terhingga. Sabda Rasulullah:- Maksudnya: “Sesiapa yang bangun (solat) pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan Ihtisab(mengharapkan pahala) maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lepas”. [HR: Al-Bukhari dan Muslim]. Firman Allah Maksudnya: {Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang, mereka itu ialah yang berjalan di atas muka bumi dengan penuh rendah diri dan sekiranya orang-orang jahil menyapa mereka, mereka akan mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang-orang yang menghabiskan malam dengan bersujud dan berdiri semata-mata untuk Tuhan mereka...}. [Al-Furqan: 63-64] Qiyamullail adalah kebiasaan Nabi dan para sahabat yang tidak pernah ditinggalkan oleh mereka. „Aisyah pernah berkata: “Jangan kamu tinggalkan Qiyamullail. Rasullullahtidak pernah meninggalkannya, dan apabila Baginda sakit atau kepenatan, Baginda solat sambil duduk.” [HR: Abu Daud]. Khalifah Umar bin al-Khattab akan bersolat malam seberapa banyak, apabila sampai pertengahan malam beliau akan mengejutkan ahli keluarganya untuk bersolat, sambil berkata: “Solah, solah!” (bangun untuk bersolat). Sebagai peringatan, setiap jemaah hendaklah menyempurnakan solat terawih bersama imam supaya namanya tertulis dikalangan orang-orang yang Qiyam(orang yang berdiri solat). Abi Zar meriwayatkan Nabi bangun bersolat bersama-sama mereka pada malam 23 sehingga satu pertiga malam, dan pada malam ke 25 sehingga separuh malam. Para sahabat berkata kepada Baginda: “Kalaulah tuan terus sempurnakan saki baki malam kami dengan solat sunat”. Maka Nabi bersabda: Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri bersama imam sehingga dia (imam) beredar, dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman.” [HR: At-Tirmizi, sahih]. 4) Bersedekah Ibnu Abbas berkata: “Rasulullah s.a.w adalah manusia yang sangat pemurah dan Baginda akan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan... dan Baginda lebih pemurah dalam kebaikan daripada angin yang kencang.” [HR: Al-Bukhari] Rasulullah menggalakkan umatnya untuk bersedekah mengikut kemampuan masing-masing. Sabda Nabi Maksudnya: “Takutilah api neraka walaupun dengan (bersedekah) sebelah tamar”. [HR: Al-Bukhari]. Imam asy-Syafie berkata: “Aku suka jika seseorang bertambah pemurah pada bulan Ramadhan kerana ia mengikuti jejak langkah Rasulullah, kerana ketika itu manusia berhajat kepada bantuan untuk keperluan mereka. Ini kerana manusia sibuk dengan puasa dan solat (ibadat) berbanding pekerjaan masing-masing”. Rasulullah telah ditanya, apakah sedekah yang paling afdhal? Sabdanya: Maksudnya: “Sebaik-baik sedekah ialah sedekah dalam bulan Ramadhan”. [HR: At-Tirmizi, dhaif]. Ia mempunyai banyak cara dan cabangnya: a. Memberi makan: Para ulama‟ salaf sangat menitikberatkan amalan memberi makan dan mendahulukan-nya daripada ibadat-ibadat lain. Ianya samada dengan memberi makan orang yang kelaparan ataupun kawan-kawan yang soleh dan tidak disyaratkan hanya kepada orang faqir. Rasulullah bersabda: Maksudnya: “Di dalam syurga terdapat bilik-bilik, nampak dari dalam barang-barang di luarnya dan sebaliknya”. Bangun seorang a’rabi (orang kampung) bertanya: Untuk siapakah bilik-bilik itu wahai Rasulullah? Sabda Nabi s.a.w: “Bagi mereka yang baik percakapannya, memberi makan, sentiasa berpuasa dan bersolat kerana Allah pada waktu malam tatkala orang lain sedang tidur”. [HR: At-Tirmizi, hasan]. Al-Hasan al-Basri dan Ibnu al-Mubarakmemberi makan para sahabatnya, sedangkan mereka sendiri berpuasa. Mereka duduk melayani dan berkhidmat kepada orang yang makan serta memenuhi keperluan mereka . Hammad bin Sulaiman akan menghidangkan juadah berbuka puasa untuk 500 orang ketika Ramadhan dan dia akan memberikan kepada setiap mereka 100 dirham di Hari Raya. Ibadat memberi makan akan menjadi asas kepada banyak ibadat-ibadat lain, seperti rahmat dan kasih sayang terhadap sahabat yang diberi makan, dan ini akan menjadi salah satu sebab untuk masuk syurga, kerana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tidak masuk syurga seseorang itu sehingga ia beriman, dan tidak beriman sehingga ia saling mengasihi.” [HR: Al-Bukhari]. b. Memberi makan (berbuka) orang yang berpuasa: Sabda Rasulullah: Maksudnya: “Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya dan ianya tidak akan mengurangkan pahala orang yang berpuasa sedikitpun.” [HR: At-Tirmizi, sahih]. Sabda Rasulullah: Maksudnya: “Wahai Manusia! Sebarkanlah salam, berilah orang makan dan solatlah malam ketika manusia tidur, pasti kamu akan masuk ke Syurga dengan sejahtera”. [HR: Ahmad, at-Tirmizi, sahih]. Semua ini menunjukkan bahawa mengumpul-kan antara puasa dan sedekah adalah lebih berkesan untuk menghapuskan dosa. Nabi bersabda: Maksudnya: “Puasa adalah perisai. Sedekah akan memadamkan kesalahan seperti air memadamkan api dan begitu juga seorang lelaki yang bangun di pertengahan malam.”[HR: Ahmad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah, sahih]. |
________________________________________________________
EDISI MAC / APRIL 2017M = EDISI 1438H *********************************************************** BIL . 1/2017
___________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________
SATU KISAH DARIPADA AL-QURAN
Luqmanul Hakim adalah seorang hamba Allah SWT yang diberikan hikmah/kebijaksanaan yang nasihatnya diabadikan Allah SWT dalam al-Qur’an.
Tazkirah hari ini, ingin mengulas sedikit tentang nasihat Luqmanul Hakim tersebut.
Di antara nasihat Luqmanul Hakim tersebut adalah:
1. Sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan Allah SWT:
Allah SWT berfirman dalam surah Surah Luqman, ayat 12:
وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ وَمَن يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ.
“Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Lukman, iaitu: “Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji”. (QS. Luqman :12).
2. Jangan Menyekutukan Allah SWT.
Luqman mendidik anaknya agar tidak menyekutukan Allah SWT. Nasihat Luqman kepada anaknya wajib dicontohi oleh ummat Islam lainnya.
Allah SWT berfirman dalam surah Surah Luqman, ayat 13
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah sesungguhnya menyekutukan Allah SWT adalah benar-benar kezaliman yang besar”. (QS. Luqman :13).
3. Berbuat Baik Kepada Orang Tua.
Allah SWT berfirman dalam surah Surah Luqman, ayat 14:
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِير?
“Dan Kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKulah kembalimu.“ (QS. Luqman 14).
Ibu mengandung kita selama 9 bulan. Bergadai nyawa ketika melahirkan kita. Belum lagi mereka harus bersabar merasakan karenah dan tangisan kita bahkan mungkin pukulan kita ketika masih kecil. Mereka memberi kita makan, minum, pakaian, pendidikan, dan sebagainya. Sudah sepatutnya kita berbakti pada mereka.
4. Tidak Mengikuti Orang Tua dalam Kemaksiatan dan Berbuat Baik kepada Mereka.
Allah SWT berfirman dalam surah Surah Luqman, ayat 15:
وَإِن جَاهَدَاكَ عَلَىٰ أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
“Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu, kemudian hanya kepadaKulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. Luqman : 15).
5. Berbuat Baiklah Meskipun Hanya Sedikit.
Allah SWT berfirman dalam surah Surah Luqman, ayat 16:
يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِن تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ فَتَكُن فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ
"Luqman berkata: “Wahai anakku, sesungguhnya jika ada sesuatu perbuatan seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah SWT akan membalasnya. Sesungguhnya Allah SWT Maha lembut lagi Maha Mengetahui. (QS. Luqman :16).
6. Mengerjakan Solat, Menyuruh Kebaikan dan Melarang Kemungkaran, serta membanyakkan Bersabar.
Allah SWT berfirman dalam surah Surah Luqman, ayat 17:
يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
"Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (QS. Luqman :17).
7. Jangan Sombong.
Allah SWT berfirman dalam surah Surah Luqman, ayat 18:
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS. Luqman :18).
8. Rendah Hati dan Tidak Berkata Kasar.
Allah SWT berfirman dalam surah Surah Luqman, ayat 19:
وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ إِنَّ أَنكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ
“Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.” (QS. Luqman 19).
Itulah nasihat Luqman kepada anaknya yang diabadikan oleh Allah dalam Al Qur’an. Semoga kita semua dapat mengamalkannya dan mengajarkannya kepada anak kita. In shaa Allah.
Ya Allah jadikan zuriat keturunan kami, zuriat yang soleh dan solehah. Terimalah amalan kami sebagai bekalan kami untuk menghadapMu. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam.
Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….
Jazakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam
Dr fazilah kamsah