EDISI NOVEMBER 2015M = EDISI SAFAR 1437H ***************************************************************** BIL : 6/2015
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
SOLAT ITU TIANG AGAMA....
Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ حَافَظَ عَلَيْهَا كَانَتْ لَهُ نُوراً وَبُرْهَاناً وَنَجَاةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمَنْ لَمْ يُحَافِظْ عَلَيْهَا لَمْ يَكُنْ لَهُ نُورٌ وَلاَ بُرْهَانٌ وَلاَ نَجَاةٌ وَكَانَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ قَارُونَ وَفِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَأُبَىِّ بْنِ خَلَفٍ
“Siapa yang menjaga solat lima waktu, baginya cahaya, bukti dan keselamatan pada hari kiamat. Siapa yang tidak menjaganya, maka ia tidak mendapat cahaya, bukti, dan juga tidak mendapat keselamatan. Pada hari kiamat, ia akan bersama Qorun, Fir’aun, Haman, dan Ubay bin Kholaf.”
(HR. Ahmad 2: 169. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahawa sanad hadith ini hasan).
Disebutkan dalam hadith Abu Malik Al Asy’ari, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
وَالصَّلاَةُ نُورٌ
“Solat adalah cahaya.” (HR. Muslim no: 223)
_________________________________________________________________________________________________________________________________
مَنْ حَافَظَ عَلَيْهَا كَانَتْ لَهُ نُوراً وَبُرْهَاناً وَنَجَاةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمَنْ لَمْ يُحَافِظْ عَلَيْهَا لَمْ يَكُنْ لَهُ نُورٌ وَلاَ بُرْهَانٌ وَلاَ نَجَاةٌ وَكَانَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ قَارُونَ وَفِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَأُبَىِّ بْنِ خَلَفٍ
“Siapa yang menjaga solat lima waktu, baginya cahaya, bukti dan keselamatan pada hari kiamat. Siapa yang tidak menjaganya, maka ia tidak mendapat cahaya, bukti, dan juga tidak mendapat keselamatan. Pada hari kiamat, ia akan bersama Qorun, Fir’aun, Haman, dan Ubay bin Kholaf.”
(HR. Ahmad 2: 169. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahawa sanad hadith ini hasan).
Disebutkan dalam hadith Abu Malik Al Asy’ari, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
وَالصَّلاَةُ نُورٌ
“Solat adalah cahaya.” (HR. Muslim no: 223)
_________________________________________________________________________________________________________________________________
TIDUR ................. zzzzzz.....zzzz.....zzzzz...
Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3 jam, saya cuba...saya tidur sebelum jam 12 dan cuma bangun semula pukul 3 pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi. Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik..menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang. Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9 malam.....seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2 pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar....lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti-aktiviti rutin saya....tanpa mengantuk! Saya pelik! Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal....saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi. Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3 jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2 pagi...itu dah lebih dari baik). Berdasarkan sunnah, Rasulullah s.a.w. sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat 'Baraka' di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur. Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur. Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi. Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah 'dream sleeping' yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur. Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr). Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental. Tidur pada waktu siang (selepas Fajr). Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus. Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu 'serotonin' iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun. Bagi mereka yang solat Subuh dengan 'Jamat' dan duduk mengingati Allah. Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian. Pembebasan 'melatonin' oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya. Jadi, jika seseorang mendapat 'Alzheimer' dan permulaan 'Dementia', bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya. (kredit pada yang empunya diri.. :) ) KESIHATAN VS KESAKITANKesihatan yang baik merupakan satu bonus untuk kita berlumba-lumba dalam beribadat. Bersyukurlah kepada Allah s.w.t. jika kita masih memiliki kesihatan yang baik untuk beribadat. Di luar sana, ada yang sudah tidak dapat beribadat kerana gangguan kesihatan dan sebagainya. Oleh itu, sebelum datangnya masa sakit, marilah kita sama-sama memperbanyakkan beribadat kepada Allah s.w.t. dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.
Menjaga kesihatan diri sangat dituntut dalam Islam kerana dengan memiliki kesihatan yang baik, kita dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih harmoni disamping mengecap kenikmatan kehidupan bersama keluarga tercinta. Kesihatan yang baik juga memberi kita satu kekuatan untuk hidup dengan lebih positif dan dapat melaksanakan kerja-kerja dengan baik tanpa sebarang gangguan. Islam mengajar kita supaya menjaga kesihatan iaitu dengan memilih makanan yang baik dan berkhasiat dan yang paling penting halal kerana makanan yang baik akan membentuk kesihatan yang baik. Pepatah Arab ada mengatakan Yang bermaksud " Akal yang baik pada badan yang sihat ". Jadi benarlah, jika hendak sihat perlu memilih dan menjaga pemakanan kerana pemakanan yang baik akan memudahkan kita untuk beribadat dan jauh dari penyakit. Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan agar kekal sihat dan bertenaga untuk beribadat kepada Yang Maha Kuasa. |
MARI BERTAHAJJUDRamai di luar sana yang tidak pernah tinggal solat tahajjud. Mereka merupakan orang-orang yang bertuah kerana dengan bertahajjud bermakna kita berada dekat dengan Allah s.w.t. dan kesayanganNYA. Pun begitu, masih ada yang tidak pernah bertahajjud walaupun sekali.
Tahajjud sangat penting untuk kita kerana waktu itu adalah waktu berjaga kita. Bukannya waktu untuk tidur. Dengan bertahajjud jiwa kita menjadi kental. Lihat para sahabat...mereka menjadikan tahajjud sebagai vitamin untuk mereka berjuang ke arah Islam. Hasilnya kejayaan mengiringi mereka. Para cerdik pandai juga bila ditanya tentang rahsia kejayaan mereka...jawapannya tidak lain dan tidak bukan...mereka akan berkata "kami bertahajjud selalu". Sekarang jelas dengan bertahajjud diri akan meraih kejayaan selain dapat mendisiplinkan diri serta dekat diri dengan Allah s.w.t. SEKADAR RENUNGANDoa merupakan senjata orang mukmin. Orang yang banyak berdoa akan kelihatan tenang kerana pergantungannya kepada Allah s.w.t. 100% akan melahirkan rasa kehambaan yang jitu. Berbeza dengan orang yang kurang berdoa, kehidupannya dilihat tidak terurus kerana tiada pergantungan harapan 100% kepada Allah s.w.t.
Adab-adab berdoa sangat penting supaya doa kita tidak ditolak. Antara adab-adab berdoa ialah : 1. Mengucapkan pujian kepada Allah terlebih dahulu sebelum berdo’a dan diakhiri dengan mengucapkan shalawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. 2. Husnuzhan (berbaik sangka) kepada Allah. Firman Allah s.w.t. وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada-mu tentang Aku, maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a.” [Al-Baqarah/2: 186] 3. Mengakui dosa-dosa yang diperbuat. Perbuatan tersebut mencerminkan sempurnanya penghambaan terhadap Allah. 4. Bersungguh-sungguh dalam berdo’a. Hal ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan dari Anas bin Malik Radhiyallahu anhu, bahwasanya ia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: إِذَا دَعَا أَحَدُكُمْ فَلْيَعْزِمِ الْمَسْأَلَةَ وَلاَيَقُوْلَنَّ اللّهُمَّ إِنْ شِئْتَ فَأَعْطِنِيْ فَإِنَّهُ لاَ مُسْتَكْرِهَ لَهُ. ‘Apabila salah seorang di antara kalian berdo’a maka hendaklah ia bersungguh-sungguh dalam permohonannya kepada Allah dan janganlah ia berkata, ‘Ya Allah, apabila Engkau sudi, maka kabulkanlah do’aku ini,’ karena sesungguhnya tidak ada yang memaksa Allah.” (Sahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 6338) dan Muslim (no. 2678). Lafazh hadits ini berdasarkan riwayat al-Bukhari). 5. Berdo’a dengan mengulanginya sebanyak tiga kali. 6. Orang yang berdo’a hendaknya memulai dengan mendo’akan diri sendiri (jika hendak mendo’akan orang lain) sebagaimana firman Allah Ta’ala: رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ “...Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami...” [Al-Hasyr/59: 10] ( Petikan oleh : Syaikh ‘Abdul Hamid bin ‘Abdirrahman as-Suhaibani ) Marilah kita sama-sama berdoalah dengan bersungguh-sungguh kerana orang yang berdoa dengan bersungguh-sungguh sentiasa mendapat perhatian Allah s.w.t.
Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang rajin berdoa tanpa mengira masa. |
________________________________________________________
EDISI OKTOBER 2015M = EDISI MUHARAM 1437H ************************************************************ BIL : 5/2015
_______________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________
PENGHIJRAHAN MENUJU REDHO ALLAH S.W.T.
Kebelakangan ini kerap kita dengar yang mengutuk bangsa Arab, ada juga yang memuji. Satu fenomena yang harus kita perbetulkan supaya tidak timbul kekeliruan dan kita tidak tergolong dalam golongan yang dimurkai Allah.
Fenomena tersebut ialah suka mengatakan "teruk bangsa Arab ni". Hal ini menunjukkan seolah-olah kita membenci orang Arab walhal Nabi Muhammad s.a.w. berasal dari keturunan Arab. Takut-taut kita membenci Nabi s.a.w. pulak nanti jadinya. Oleh itu, marilah kita berhijrah meninggalkan memmburuk-burukkan bangsa lain kerana di sana kita tidak nampak banyak kebaikan yang ada padanya. Hadith di atas, jelas menunjukkan Sabda Nabi s.a.w kepada kita kerana Baginda jika kita membenci bangsa Arab seolah-olah kita membenci Baginda. Marilah kita sama-sama mencegah kemungkaran dan menyuruh kebaikan kerana terkadang kita tidak sedar bahawa disebalik gurau atau sebutan kita terdapat unsur lain yang mungkin mengakibatkan terjejasnya keimanan kita. MARI BERMUHASABAH....
Sentiasa "maintain" menjaga tutur kata (suara) iaitu senada seirama supaya kita tidak tergolong dalam golongan orang yang suka bermanja-manja ( ala-ala menggoda gitu ).
Masih terdapat di luar sana yang mencukur kening. Ingatlah bahawa setiap yang Allah jadikan untuk kita adalah yang terbaik. Kenapa kita masih mengubah kejadian Allah ? Tepuk dada tanyalah iman...
Tidak dinafikan zaman sekarang merupakan zaman berfesyen sehinggakan tudung untuk menutup aurat pun mempunyai 1001 fesyen. Jika fesyennya patuh syariat alhamdulillah namun di sana banyak yang tudungnya tidak patuh syariat. Semoga kita memakai tudung yang patuh syariat.
Kepada para isteri pakailah wangi-wangian untuk suami sahaja, bukannya untuk orang di luar sana kerana wanitalah punca segala dosa.
|
KELEBIHAN BERSOLAWAT1 – Allah akan berselawat sepuluh kali ke atas mereka yang berselawat ke atas Nabi satu kali. Daripada Abu Hurairah, Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: من صلى علي واحدة صلى الله عليه عشرا
Terjemahan: Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali. (Hadith Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 16/198, no. 10287. al-Bukhari, Adabul Mufrad, 1/224, no. 645. Muslim, 2/376, no. 616. Abu Daud, 4/324, no. 1307. An-Nasa’i, 5/74, no. 1279) 2 – Dicatat baginya sepuluh kebaikan. Daripada Abu Hurairah, Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: من صلى علي مرة واحدة كتب الله له بها عشر حسنات Terjemahan: Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, akan dicatat baginya sepuluh kebaikan. (Hadith Riwayat Ahmad, 12/520, no. 7561. Syaikh Syu’aib al-Arnauth berkata: Hadith ini sahih, sanadnya hasan) 3 – Bebas dari sifat kikir (kedekut) disebabkan tidak berselawat. Daripada al-Husin B. ‘Ali B. Abu Tholib radhiyallahu ‘anhuma, Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: الْبَخِيلُ الَّذِي مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ Terjemahan: Orang yang kedekut (bakhil) adalah orang yang ketika namaku disebut tetapi dia tidak berselawat ke atasku. (Hadith Riwayat Ahmad, 3/257-258, no. 1736. Kata Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya kuat, perawinya tsiqah. at-Tirmidzi, Sunan at-Timidzi, 11/456, no. 3469 dengan katanya: Hasan sahih ghorib. Dinyatakan sahih oleh al-Albani, Shohih Sunan at-Tirmidzi, 3/177, no. 2811). 4 – Dihapuskan sepuluh keburukkan (dosa) dan diangkat sepuluh darjat (kemuliaan). عَنْ أَبِي طَلْحَةَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ: أَصْبَحَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا طَيِّبَ النَّفْسِ يُرَى فِي وَجْهِهِ الْبِشْرُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَصْبَحْتَ الْيَوْمَ طَيِّبَ النَّفْسِ يُرَى فِي وَجْهِكَ الْبِشْرُ قَالَ أَجَلْ أَتَانِي آتٍ مِنْ رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ فَقَالَ مَنْ صَلَّى عَلَيْكَ مِنْ أُمَّتِكَ صَلَاةً كَتَبَ اللَّهُ لَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ وَمَحَا عَنْهُ عَشْرَ سَيِّئَاتٍ وَرَفَعَ لَهُ عَشْرَ دَرَجَاتٍ وَرَدَّ عَلَيْهِ مِثْلَهَا Terjemahan: Daripada Abi Thalhah al-Anshari (radhiyallahu ‘anhu), beliau berkata: Pada suatu hari, Rasulullah berada dalam keadaan yang sangat baik, jelas terpapar pada wajahnya kegembiraan, maka (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah, pada hari ini engkau dalam keadaan yang sangat baik, jelas dapat dilihat kegembiraan pada wajahmu?” Beliau berkata: “Benar, telah datang kepadaku (malaikat) dari Tuhan-ku, ia berkata: “Sesiapa yang berselawat kepadamu dari ummatmu satu kali, nescaya Allah mencatat baginya sepuluh kebaikan, menghapuskan darinya sepuluh keburukkan (dosa), mengangkat baginya sepuluh darjat/kemuliaan, dan membalas kepadanya sebagaimana selawat tersebut.” (Hadith Riwayat Ahmad, 26/272, no. 16352. Syaikh Syu’aib al-Arnauth berkata: Isnadnya dhoif. Dinyatakan sebagai Hasan lighairihi oleh Syaikh al-Albani, Shohih at-Targhib wa at-Tarhib, 2/135, no. 1661) BERHATI-HATI DENGAN PUJIANUcapan pujian yang diberi kepada seseorang mempunyai dua kemungkinan. Pertama mungkin pujian ikhlas dan kedua mungkin pujian tidak ikhlas. Jadi berhati-hati bilamana kita menerima pujian kerana takut kita akan terjerumus ke lembah dosa yang berlipat kali ganda. Islam mengajar kita supaya tawaddu' atas apa yang kita laksanakan.
Merendah diri merupakan sifat yang disukai oleh Allah s.w.t. Manusia pun suka kepada orang yang merendah diri. Inilah hikmah disebalik sifat rendah diri. |
________________________________________________________
EDISI SEPTEMBER 2015M = EDISI DZULHIJJAH 1436H **************************************** BIL : 4/2015
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Keistimewaan Ibadah Haji dan Umrah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Dosa di antara dua umrah akan terhapus dan Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga. Riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi, Nasaie, Ahmad, Ibnu Majah dan Malik
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْحُجَّاجُ وَالْعُمَّارُ وَفْدُ اللَّهِ إِنْ دَعَوْهُ أَجَابَهُمْ وَإِنْ اسْتَغْفَرُوهُ غَفَرَ لَهُمْ
Dari Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah SAW bahawa baginda telah bersabda : Orang yang mengerjakan haji dan umrah merupakan rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan. Riwayat Ibnu Majah, at-Tabarani dan al-Baihaqi.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Dosa di antara dua umrah akan terhapus dan Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga. Riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi, Nasaie, Ahmad, Ibnu Majah dan Malik
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْحُجَّاجُ وَالْعُمَّارُ وَفْدُ اللَّهِ إِنْ دَعَوْهُ أَجَابَهُمْ وَإِنْ اسْتَغْفَرُوهُ غَفَرَ لَهُمْ
Dari Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah SAW bahawa baginda telah bersabda : Orang yang mengerjakan haji dan umrah merupakan rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan. Riwayat Ibnu Majah, at-Tabarani dan al-Baihaqi.
MERINDUI LAMBAIAN KA'BAHPelbagai pelusuk dunia dengan pelbagai ragam dan keadaan datang berduyun-duyun mengunjungi Ka'bah yang mulia. Semua ini dilakukan semata-mata kerana Allah dan juga merupakan tanda ketaatan seorang hamba kepada Maha Pencipta.Tiada mengenal pangkat dan darjat, semuanya sama dengan melakukan perbuatan yang sama. Itulah keindahan Islam dan kesucian agama yang sejati dan hakiki.
Seluruh pelususk dunia gegar bila tibanya bulan Dzulhijjah. Allah menjemput hambaNya yang terpilih untuk mengunjungiNYA. Bersyukurlah mereka yang dapat menjadi tetamu Allah s.w.t. Justeru itu, marilah kita berdoa agar kita menjadi insan terpilih Allah s.w.t suatu hari nanti. In sya Allah. Dalam kalangan kita, ada yang memiliki wang yang banyak, namun gerak hatinya tidak mahu ke sana. Mereka lebih suka melancong ke luar negara. Bila ditanya "kenapa tidak ke Mekah"? Jawapan yang biasa dijawab ialah "tak sampai SERU.." Sebenarnya seruan Haji telah pun sampai kepada kita, cuma kita sahaja yang tidak berusaha menyeru dan mempersiapkan diri ke arah itu. Sepatutnya kita berusaha memasang niat ingin ke sana dengan bermunajat, bersungguh-sungguh mencari dan mengumpul dana untuk kita selesaikan Rukun Islam yang Kelima. In sya Allah usaha yang baik akan dibalas baik dan dipermudahkan segala urusan. Mekah dan Madinah merupakan tempat mustajab doa. Mohonlah kepada Allah s.w.t. apa saja yang kita hajati, akan diperkenankan. Pelbagai keistimewaan yang dapat kita rasakan bila kita ke sana terutamanya kelazatan dalam beribadat. Itulah satu fenomena yang pasti akan dirasai oleh mereka yang pernah menjejaki kaki ke sana. Keistimewaan dan keajaiban yang ada di Tanah Haram sana dapat kita rasai dan amatinya. SEKADAR RENUNGANBERUBAT DENGAN SEDEKAH..
"Ubatilah orang yang sakit di antara kamu dengan sedekah" . ( HR. Baihaqi). "Ujian yang menimpa seseorang pada harta, anak, jiwa, dan tetangganya bisa dihapuskan dengan puasa, solat, sedekah dan amar ma'ruf nahi munkar" . (HR. Bukhari dan Muslim) MUSIBAH YANG DATANG MEMBUATKAN KAMU LEBIH DEKAT KEPADA ALLAH S.W.T. ITU LEBIH BAIK DARIPADA KENIKMATAN YANG MEMBUAT KAMU LUPA KEPADA ALLAH S.W.T.
|
TAHUKAH ANDA !KELEBIHAN IBADAH KORBANTerdapat hadis di mana Rasulullah s.a.w. bersabda;
مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi.[1] Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Saidatina ‘Aisyah r.a.. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini adalah hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 7949.) Alhamdulillah ....rata-rata umat Islam di Malaysia begitu giat berlumba-lumba melakukan ibadah korban sehingga ada yang sanggup berkorban harta untuk disimpan semasa ibadah korban. Inilah satu keikhlasan dan sifat kehambaan yang ikhlas dan baik yang patut kita contohi. Berikut beberpa Tips untuk kita dapat melakukan Ibadah Korban setiap tahun.
SEJENAK BERSAMA PENULISMasa begitu cepat berlalu meninggalkan kita. Hanya kenangan dan nostalgia yang bisa mengubati kerinduan dan kebahagiaan. Inilah kisah yang penulis akan paparkan untuk santapan dan perkongsian kita bersama.
PERBEZAAN MEKAH 24 TAHUN LALU DAN SEKARANG. Pada tahun 1991 yang lalu, penulis bersama saudara kandung berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Ketika itu, sesiapa pun boleh pergi tanpa perlu mendaftar haji terlebih dahulu. Berbeza dengan sekarang, walaupun berduit perlu melalui proses pendaftaran untuk ke sana dan juga mengikut giliran. Alhamdulillah kerana dapat menjadi tetamu Allah s.w.t. Rezeki kita Allah s.w.t yang aturkan. Kita hanya perlu berdoa dan berusaha untuk mendapatkannya. Demikianlah ketika itu, Masjidil Haram dapat dilihat dengan baik kerana belum ada proses untuk menaiktaraf Masjidil Haram. Cuma terdapat beberapa tempat sahaja yang baru hendak diubahsuai. Pada masa itu telaga air zam-zam tidak ditutup dan penulis dapat masuk dan melihat sendiri tempat tersebut. Tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. juga masih menjadi tempat lawatan pengunjung. Namun sekarang tempat tersebut dijadikan perpustakaan. Banyak perubahan yang berlaku. Manakala tempat asal untuk bersaie juga ditutup dan sekarang jemaah bersaie ditingkat yang telah disediakan. Semuanya ini dilakukan untuk memudahkan para jemaah untuk melaksanakan haji dan sebagainya. Satu kemajuan yang dibuat seiring dengan zaman sains dan teknologi. Walaupun perubahan demi perubahan dapat kita saksikan namun kita tetap merindui Mekah dan Madinah. Berbeza dengan sekarang di mana penulis sempat ke sana semula untuk mengerjakan Umrah pada 2014, didapati terlalu banyak perubahan yang berlaku pada Masjidil Haram. Untuk melihat sejarah Masjidil Haram dan madinah, satu muzium disediakan untuk pengunjung. Dalam muzium itu dipamerkan tempat da keadaan Mekah dan Madinah pada masa lalu. |
_______________________________________________________________________________________________________________________________
EDISI OGOS 2015M = EDISI DZULKAEDAH 1436H BIL : 3/2015
_______________________________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________________________
KITA DAN GAJETDunia akhir zaman, merupakan satu cabaran yang cukup hebat untuk diharungi. Tanpa keimanan yang kukuh kita bisa kecundang dengan pelbagai benda yang mengundang kehadiran kita. Apa yang perlu kita lakukan agar kita tidak terjebak dengan kemaksiatan yang semakin hari semakin teruk melanda bumi kita Malaysia ialah dengan memantau setiap penggunaan gajet anak-anak kita.
Gajet dianggap satu lambang keunggulan dan kemajuan bagi dunia. Memang tidak dinafikan ia merupakan satu benda yang mempunyai kebaikan andai kita bijak menggunakannya seiring dengan dunia yang serba berteknologi sekarang ini. Namun di sana kita perlu berhati-hati kerana terdapat pelbagai kemungkinan yang akan merosakkan kita hanya dengan "hujung jari sahaja". Inilah fenomena yang berlaku sejak kebelakangan ini malahan semakin hari semakin menular sehingga golongan yang tidak terlibat turut merasai tempiasnya. Memantau penggunaan internet untuk anak-anak di bawah umur adalah menjadi satu kewajipan untuk para ibubapa. Ibubapa merupakan " Madrasatul Ula" di mana segala tindak tanduk kita diperhatikan oleh anak-anak kita sejak mereka lahir hingga dewasa. Ibubapa yang berakhlak mulia akan melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia dan begitu sebaliknya.Justeru itu, ibubapalah yang mencorakkan mereka. Memandangkan zaman sekarang tidak ada ibubapa yang tidak ada gajet. Mereka beranggapan gajet merupakan satu kewajipan buat mereka dan anak-anak.Kadang-kadang kita lalai dengan dunia dan nafsu sehingga kita merasakan kehidupan tanpa gajet adalah satu kehidupan yang "leceh". Kononnya kita tidak berekemajuan dan sebagainya. Lalu kita menyediakan dan menyajikan gajet untuk anak-anak walaupun kita sendiri tidak tahu menggunakannya dengan betul dan cekap. Apa yang kita rasa mereka akan mendapat kepuasan dan kenikmatan semasa alam kanak-kanak. Ini merupakan satu kesilapan yang kita tidak sedari tetapi kita telah melakukannya dan kita juga secara tidak langsung telah menyemai benih-benih kerosakan untuk masa depannya. Kenapa penulis berkata begitu? Lihat di luar sana banyak penderaan dan kejahatan bermula dengan gajet. Sebagai contoh. Ibubapa yang sibuk bekerja kebiasaannya akan memberi anak-anak mereka gajet dan sebagainya bertujuan supaya anak-anak tidak meragam dan berada di rumah. Mereka beranggapan dengan cara ini mereka akan dapat menyelesaikan kerjaya mereka dengan senang dan aman tanpa sebarang gangguan. Lama kelamaan anak-anak akan ketagih dengan gajet. Apabila mereka dewasa, mereka akan tidak senang dengan kehidupan tanpa gajet. Di dalam gajet terdapat pelbagai fungsi yang boleh digunakan. Mereka mula meneroka satu demi satu dan akhirnya mereka terjebak dengan kemaksiatan yang sukar dibendung. Ketika ini ibubapa akan cuba merawat anak-anak dengan nasihat dan bantuan perubatan dan sebagainya. Namun di sana segalanya telah berakhir kerana ianya bermula daripada kita menganggap gajet dapat membantu. Pasti di sana ada yang kurang bersetuju dengan kenyataan ini, dengan mengatakan ada anak-anak yang diberi gajet tidak rosak masa depannya. Ya, betul, tetapi hampir 99% berpunca daripada gajet. Sehinggakan orang dewasa turut kecundang hasil daripada gajet iaitu bermula dengan FaceBook. Kemudian bertemu dan akhirnya kemusnahan hidup dirasainya. Penceraian juga banyak berpunca dari gajet, pembunuhan, pertengkaran dan macam-macam lagi bermula dengan gajet. Jadi, berhati-hatilah dalam menggunaknnya dan kita perlu lihat banyak keberangkalian yang akan berlaku kerana kita sekarang berada di dunia yang serba menakutkan. Bagi mengatasi masalah begini, eloklah kita memantau anak-anak supaya menggunakan gajet dengan betul, menghadkan masa penggunaan dan sentiasa memberi yang terbaik untuk mereka. Berilah mereka ruang untuk bersama ibubapa kerana anak-anak memerlukan kasih-sayang dan sentuhan ibubapa. Ini yang diajar dalm Islam. Nabi s.a.w. sendiri sentiasa memperuntukkkan waktu bermain bersama anak-anak dan isteri walaupun baginda sibuk dengan urusan dakwah. Selain itu, berilah pendidikan agama yang secukupnya kerana hanya iman sahaja yang dapat menghindari kita daripada terjerumus ke dalam dunia fana yang serba penipuan. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud " Aku tinggalkan kepada kamu dua benda, jika kamu memegangnya kamu tidak akan sesat iaitu al-Quran dan al-Sunnah". FORMAT PUJIAN GAYA NABI MUHAMMAD S.A.W.
Pujian mengikut gaya Nabi Muhammad s.a.w.berbeza dengan pujian yang lazim diberikan. Kita biasa mendengar pujian seperti berikut : 1- Pandainya kamu! 2- Baguslah kamu ini! 3- Kamu memang baik hati! 4- Kamu rajin sungguh! Pujian di atas merupakan pujian kepada diri seseorang itu. Memanglah apa pun bentuk pujian merupakan tindakan yang baik. Namun jika memuji "diri" seseorang itu,ada kemungkinan timbul rasa riak atau pun bangga diri dalam hati anak-anak. Sedangkan pujian mengikut gaya Nabi Muhammad s.a.w. itu tiada kesan sampngan... Format pujian adalah seperti berikut: 1- Pujian diberikan kepada kerja/perbuatan/hasil tindakan seseorang. Misalnya: a) Kamu membaca dengan lancar. b)Kerja tangan kamu sangat cantik. c) Penerangan yang diberikan oleh awak memang jelas. 2- Dinyatakan juga impak kepada perbuatan/kerja/ hasil tIndakan tersebut. Misalnya " a)Rakan-rakan dapat mendengar dengan baik. b) Pasti ramai yang mahu membelinya. c) Saya yakin rakan-rakan sekelas kamu dapat memahaminya, 3- Dinyatakan juga elemen perasaan.(Dinyatakan apabila kerja/perbuatan/hasil itu dibuat tanpa disuruh atau diminta). Misalnya : a) Saya suka! b) Saya kagum! c)Saya gembira! Apabila digabungkan ktiga-tiga elemen ini , maka kata-kata pujian mengikut gaya Nabi Muhammad s.a.w. ialah : 1- Saya suka! membaca dengan lancar. Rakan-rakan dapat mendengar dengan baik. 2- Saya kagum! Kerja tangan kamu sangat cantik. Pasti ramai orang mahu membelinya. 3- Saya gembira! Penerangan yang diberikan oleh awak memang jelas. saya yakin rakan-rakan sekelas kamu dapat memahaminya. Hadith rujukan "Pintu Langit terbuka". Ibnu Umar menceritakan pada suatu masa beliau dan orang-orang lain sedang hendak melakukan sembahyang di masjid. Pada waktu itu kedengaran seorang lelaki berkata " Allahu Akbar Kabiran, Walhamdulillahi Kathiran, Wasubhanallahi Bukratan Waasila." Selepas selesai sembahyang, Nabi bertanya kepada orang-orang yang ada."Siapakah tadi yang membaca ucapan itu? Lelaki itu menjawab , "Saya, ya Rasul Allah". Lalu Nabi Muhammad s.a.w. berkata "Saya kagum dengan kata-kata itu, Pintu langit dibuka dengan kata-kata itu". Dalam laporannya itu Ibnu Umar berkata "semenjak saya terdengar Nabi Muhammad s.a.w. berkata begitu, saya tidak pernah lupa mngucapkan kata-kata itu". Catatan peristiwa ini ada dalam rekod Koleksi Hadith-hadith AUTENTIK muslim. ( Hadith dirujuk daripada Buku Mendorong Pelajar Crot, Ainon Mohd et.al) Jom....praktikkan apa yang Nabi Muhammad ajarkan kepada kita kerana kita lebih selamat dan mendapat kejayaan sekiranya kita melaksanakan mengikut sunnah Rasul s.a.w. MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK SUPAYA MEREKA MENJADI ANAK-ANAK YANG CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT BERLANDASKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH...IN SYA ALLAH...AMIN.
|
EMPAT HAL SEBELUM TIDUR
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah r.a :
Ya, Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu : 1. Sebelum khatam Al-Quran. 2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat. 3. Sebelum para muslimin meridhai engkau. 4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah. Bertanya siti Aisyah : “Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika ?“ Rasul tersenyum dan bersabda : 1. Jika engkau akan tidur, membacalah surat al-Ikhlas tiga kali. Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran. Bismillaahirrahmaanirrahiim . “Qulhuallaahu ahad' Allaahushshamad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3x)” 2. Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku. Maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat. Bismillaahirrahmaanirrahiim . Allaahumma shallii 'alaa Muhammad wa'alaa aalii Muhammad (3x). 3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau. “Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x). 4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir”. Maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah. Bismillaahirrahmaanirrahiim . Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar (3x). Wallahu a'lam. TAHUKAH ANDA !!!
1. Nabi SAW memberi peringatan agar dibersihkan tempat tidur kita. Ini berdasarkan hadis dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.”
( Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714 ). UNTUNGNYA MEMILIKI ISTERI CERDIK SOLEHAH
Lagu dan irama kadang-kadang memberi kesan positif kepada kita sekiranya kita menghayati dengan mengambil iktibar daripadanya. Contoh nasyid di atas memberi input kepada wanita solehah di luar sana. Memang banyak kebenarannya yang kita dapat daripada nasyid itu, antaranya ialah :
1- Penyejuk Mata : Memberi maksud kita (suami) akan tenang dan bahagia bila melihatnya dan berada bersamanya. Dalam surah al-Furqan (25) ayat 74 : Wahai Tuhan Kami berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. 2- Sebagai Isteri Solehah : sentiasa menjaga kehormatan dan taat kepada suami selagi tidak bercanggah dengan agama. Hadith riwayat Muslim, Nasai dan Ibnu Majah : " Sebaik-baik perhiasan dunia ialah isteri solehah" . 3- Peringatan : Sentiasa mengingatkan kita(suami) tentang perkara-perkara yang baik terutamanya berkaitan hal-hal keagamaan walaupun pada dasarnya kita rasakan peringatan itu seperti leteran tetapi sebenarnya ia adalah peringatan yang cukup bermakna. " Bertaqwalah kepada Allah dalam memperlakukan para wanita, kerana kalian telah mengambil mereka sebagai isteri dengan perjanjian Allah dan menghalalkan hubungan suami isteri dengan kalimat Allah (HR. Muslim daripada Jabir..) 4- Bijak : Memberi maksud bijak menangani masalah yang dihadapi oleh suami. Tidak mejadi batu api dan sebagainya. Sebaliknya dia memberi dan menerima nasihat demi mencari keredhaan Allah s.w.t. 5- Penghibur : Bermaksud kita(suami) akan sentiasa terhibur bila bersamanya. Pandai melakonkan watak sehingga kita terasa sunyi jika ketiadaannya. Oleh itu, harapan penulis kepada para suami di luar sana, hargailah isteri anda kerana ia merupakan satu nikmat dan anugerah. Jika hilang akan terasa kehilangannya dan barulah kita tahu itu sebenarnya NIKMAT Allah kepada kita. KISAH TANGAN PEMANDI MAYAT MELEKAT DI KEMALUAN JENAZAHPada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang sangat buruk akhlaknya.
Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki
(pelacur).
Sewaktu tiba pada hari kematiannya, ketika dia dimandikan oleh seorang wanita yang memang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada kemaluan mayat wanita itu.Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu. Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita tersebut. Terdapat 2 pilihan untuk menyelesaikan masalah itu.Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat tersebut dan kedua tanam kedua-dua wanita itu sekaligus. Akhirnya, mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik. Imam Malik bukan sembarang orang yang memberi fatwa. Pernah ada satu ketika, Imam Malik mendapat 40 pertanyaan, tetapi yang dijawabnya hanyalah 5. Ini menunujukkan akan berhati-hatinya dan betapa sensitifnya beliau dalam isu agama. Imam Malik bertanya kepada wanita si pemandi mayat itu bahwa adakah dia berkata apa-apa kepada si mati sewaktu memandikannya.Wanita pemandi mayat itu berkata bahwa dia ada mengatakan kepada si mati sewaktu membersihkan tubuhnya: "Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina" Imam Malik berkata "kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut, sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali cambuk kerana tidak mendatangkan saksi." Setelah wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman 80 cambuk maka terlepaslah tangannya dari mayat tersebut. HIKMAH & PELAJARAN: Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menjaga lidah kita. Jangan sebarangan membuat fitnah atau berprasangka buruk dengan orang lain.Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya.. Moga bermanfaat dan sama-amalah memperbaiki diri. In sya Allah. Jaga lidah jangan sebarkan fitnah, jangan bersangka buruk dengan kuasa Allah Taala. Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun, tapi kalau tak pernah lihat perbuatan maka kita dilarang menuduhnya berzina. Diharap kisah Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan dan iktibar. Karena itu ingatlah, apabila kita membantu menyebar sesuatu perkara buruk dalam masyarakat, negeri atau negara, yang kita tidak menyaksikan dan tiada saksi, maka tunggulah suatu hari nanti balasan yang kita terima. Walaupun peristiwa berlaku: Berhati-hati semua dan jangan terjerat dengan jarum-jarum kejahatan. Wallahua'lam |
________________________________________________________________________________________________________________________________
EDISI JUN 2015M = EDISI SYA'BAN / RAMADHAN 1436H BIL. 2/2015
_________________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________________
ADAT DAN IBADAT : KITA MENENTUKANNYA
Sejauh manakah kita mampu membezakan antara adat dan ibadat supaya tidak timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat kita ? Tepuk dada tanyalah iman . . .
INFO SYA'BANSya'ban ertinya berkelompok. Penamaan Sya'ban kerana pada bulan ini orang-orang Arab lazimnya berkelompok mencari nafkah. Peristiwa penting pada bulan ini ialah terjadinya perpindahan Qiblat dari Baitul Maqdis di Palestin ke Baitullah (ka'bah) di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah.
INFO RAMADHAN
Perbezaan Antara Dua BenuaKebiasaannya adat di Malaysia bila tibanya bulan Ramdhan, radio sibuk memutarkan nasyid dan lagu-lagu Ramadhan. Manakala di pasaraya dan kedai-kedai kelihatan buah kurma dijual begitu banyak dengan pelbagai aneka pilihan. Tidak ketinggalan tempahan kuih untuk Hari Raya telah bermula. Gedung-gedung pakaian dan gedung-gedung perabot sibuk menampal iklan promosi Hari Raya dan pelbagai lagi jualan sempena Ramadhan dan Hari Raya. Paling sibuk peniaga-peniaga telah mempersiapkan diri untuk berniaga juadah berbuka untuk orang yang berpuasa. Pahala bagi mereka yang menyediakan makanan untuk orang berpuasa.
Pada adatnya masyarakat Islam akan berkata "Pesta Ibadah" telah tiba dan masyarakat bukan Islam pula akan berkata "Pesta Makan" telah tiba. Kenapa fenomena ini berlaku? Persoalan yang sering bermain di fikiran kita dan masing-masing ada jawapannya. Sedikit sahaja yang menyambut kedatangan Ramadhan dengan mempersiapkan diri untuk meraih ganjaran yang ditawarkan oleh Allah s.w.t. Semoga apa yang kita lakukan sebagai adat akan menjadi ibadat jika kita mengikut landasan Islam yang sebenar. Inilah keberkatan bulan Ramadhan, namun di sana jika tidak dibendung dengan keimanan dan ketaqwaan nescaya nafsu akan menguasai diri. Ingatlah kedatangan Ramadhan sebenarnya ialah ibadat untuk kita meraih sebanyak mungkin pahala dan peluang yang diberikan Allah s.w.t. kepada kita. Justeru itu, beribadatlah dengan bersungguh-sungguh kerana orang yang berjaya ialah orang yang akan manfaatkan masa sebaik mungkin dengan perkara-perkara berfaedah dan diterima disisi Allah s.w.t. Berbeza dengan masyarakat Arab, mereka lebih mempersiapkan diri kepada ibadat, menjaga rohani melebihi jasmani. Bila tibanya Ramadhan mereka akan menyebut "Ramadhan Karim" apabila bertemu sesama mereka. Ucapan ini seperti ucapan salam yang memerlukan kepada jawapan. Orang yang mendengar pula tersenyum lalu segera menyahut " Allahu Akram". Keadaan ini yang berlaku di sana. Persiapan mereka seperti kita juga cuma mereka lebih banyak mendengar al-Quran, bertadarus dan membaca al-Quran di mana-mana sahaja berbanding kita. AL-KISAH DARI BUMI ISKANDARIAH, MESIR.Iskandariah merupakan satu tempat di Mesir yang terkenal sebagai tempat pelancongan malahan terkenal sebagai pusat pengajian Universiti al-Azhar (khusus untuk perempuan sahaja). Istimewanya Iskandariah kerana memiliki pantai yang sangat bersih dan cantik. Ramai pelancong dari luar datang ke sana terutamanya musim panas. Iskandariah mengalami musim panas dan musim sejuk dan kadang-kadang musim sejuknya bersangatan sejuk sehingga turun hujan batu.
Ketika penulis berada di sana, bulan Ramadhan jatuh pada musim sejuk iaitu siang lebih pendek daripada malam. Pertama kali menyambut Ramadhan di perantauan merupakan satu kenangan manis yang tidak bisa dilupakan hingga ke saat ini. Itulah kenangan ketika berada di Iskandariah Bumi Mesir. Apa yang menariknya di sini yang sangat unik bagi masyarakat Iskandariah iaitu satu tempat yang cukup indah, masyarakatnya yang peramah dan suka menolong. Juga sangat memuliakan dan menghormati kaum asing (tetamu). Terasa sangat aman dan seronok berada di sana walaupun berjauhan dari keluarga tercinta. Satu pengalaman yang ingin penulis kongsikan di sini iaitu kisah seorang tua memanggil manusia bangun sahur untuk berpuasa. Suatu pagi lebih kurang jam 3.00 kedengaran bunyi tepukan tin yang kuat dan berirama sungguh mengasyikkan diselangi dengan nyanyian ala-ala irama marhaban dialunkan. Terkejut kami dari tidur lalu terjaga dan masing-masing memandang sesama kami. Di benak fikiran pelbagai tafsiran yang bersarang namun masing-masing hanya mampu berpandangan sahaja. Lalu kami bangun dan menuju ke balkoni untuk melihat bunyi apakah itu. Bila saja dilihat rupa-rupanya seorang lelaki tua berpakaian lengkap (pakaian arab baladi) sedang mengetuk piring yang diperbuat daripada tin dengan tangannnya. Pukulannya seperti memukul gendang iaitu sebelah tangan kiri memegang piring dan tangan kanannya menepuk-nepuk piring dengan menghayunkan piring dari atas ke bawah sambil menyeru ( يا نائم يا صائم واحد الله ) bermaksud " Wahai orang yang tidur...wahai orang yang berpuasa.. Esakanlah Allah". Rupa-rupanya dia mengejutkan orang untuk bangun sahur dan bertahajjud kepada Allah. Allahu Akbar sampai begitu sekali mulianya pekerjaan orang tua ini.Keadaan ini berterusan hinggalah ke subuh. Jika ditempat kita mungkin Rukun tetangga yang akan memain peranan seperti ini namun di sana seorang tua yang sudah uzur. Dia akan mengelilingi kampung katanya dan telah bertahun-tahun melakukan kerja ini. Moral : Sifat tolong-menolong dan prihatin terhadap jiran tetangga merupakan satu amalan yang patut dicontohi oleh masyarakat kita walaupun sepertiga malam. Semangat kejiranan yang kuat demi untuk menegakkan Islam telah ditunjukkan walaupun sudah uzur namun masih lagi memberi sumbangan pahala pada bulan Ramadhan. Semoga semangat prihatin jiran dapat kita contohi dan amalkan demi mencapai kebahagiaan dan kemarmonian hidup bermasyarakat. TAHUKAH ANDA . . .Tiga orang..sama-sama sepupu, dalam satu masa memiliki nama yang sama. Ketiga-tiganya memiliki tiga anak yang sama juga namanya, iaitu Muhammad. Ketiga orang itu juga memiliki ayah yang terhormat. Mereka ialah :
- Ali bin al Husain bin Ali bin Abi Thalib - Ali bin Abdullah bin Abbas - Ali bin Abdullah bin Ja'far bin Abdi Thalib [Majmu' Rasail Ibnu Jauzi hal.200] Ketenangan jiwa merupakan satu perkara yang tidak boleh dilakonkan kerana ia hadir dengan sendirinya. Jika keresahan hati melanda kita, nescaya segala urusan yang dikerjakan akan pincang dan binasa. Sebaliknya jika ketenangan menguasai kita segala urusan yang kita lakukan akan berjalan lancar dan baik.
Untuk mendapatkan hati yang tenang kita perlu berlapang dada dalam segala hal yang kita tempuhi kerana hanya hati yang lapang dan tenang sahaja bisa melahirkan urusan yang mudah dan sempurna. Justeru itu,sentiasalah mengingati Allah dan sentiasalah berzikir supaya kita beroleh kesihatan dan ketenangan selalu. |
TIPS MENEMPUH RAMADHANBerikut ialah beberapa tips persediaan menempuh bulan Ramadhan :
KISAH ANAK SOLEH PADA ZAMAN NABI MUSA A.S.Nabi Musa a.s. adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali hendak bermunajat Nabi Musa a.a. akan naik ke bukit Tursina. Di atas bukit itu dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.Nabi Musa a.s. sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pertanyaan Nabi Musa a.s. pada ketika itu juga.Inilah kelebihannya yang tidak ada pada Nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa a.s bertanya kepada Allah s.w.t. " Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku"? Allah s.w.t. pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan Nabi Musa a. s. turun dari bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, Nabi Musa a.s. berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam Nabi Musa a.s. dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa a.s., dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi berina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa a.s. terkejut melihatnya " apa hal ini "? Kata Nabi Musa a.s. dalam hatinya berbisik kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium. Kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian, dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga bersih, dipeluk dan dicium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudian dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa a.s. "Wahai saudara! Apa agama kamu "? Aku agama Tauhid, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu". Kata Nabi Musa a.s. "Wahai tuan hamba, kata pemuda itu." Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku.Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah a.w.t.. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat sebentar tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku, sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. supaya mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi". Tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. "Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu, kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi kami. Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud: Oleh kerana dia telah berada dimaqam anak yang soleh disisi kami, mereka kami angkat doanya tempat kedua ibubapanya yang kami sediakan di neraka telah kami pindah ke dalam syurga. Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapanya yang akan masuk ke dalam neraka berpindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya hingga ke peringkat rupa ibu dan ayahnya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita.Urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekalipun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampunkan Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat. Inilah yang dinantikan oleh para ibubapa yang berada di alam kubur. TAHUKAH ANDA . . .Orang yang Pertama solat mengadap Ka’bah adalah Abu Said bin Aus bin al Mu'alla
تفسير القرطبي (1/ 109) أبو سعيد بن أوس بن المعلى وهو أول من صلى إلى القبلة حين حولت Abu Said bin Aus bin al Mu’alla adalah orang yang pertama kali solat menghadap Ka’bah saat kiblat dipindah dari yang semula menghadap Baitul Maqdis menjadi menghadap Ka’bah [Tafsir al Qurthubi 1/109] |
Kesilapan Kerap Muslim Dalam Bulan Ramadhan Oleh Zaharuddin Abdul Rahman
Klik sini http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/148-kesilapan-kerap-dalam-bulan-ramadhan.html
Klik sini http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/148-kesilapan-kerap-dalam-bulan-ramadhan.html
________________________________________________________
EDISI MEI 2015M = EDISI REJAB 1436H Bil 1/2015
______________________________________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________________________________
TAJUK : SABAR DAN IMAN.
DOA SENJATA MUKMINاللَّهُمَّ مُصَرِّفَ القُلُوبِ صَرِّف قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِك Ertinya : Ya Allah, Zat yang memalingkan hati, palinglah hati kami pada ketaatan kepada-Mu ( Riwayat Muslim no. 2654 ) يَا مُقََلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّت قََلبِي عَلَى دِينِك Ertinya : Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agama-Mu ( Riwayat Ahmad, jilid 6 hlm 302 ) Amalan : Amalan penting bagi kita untuk sentiasa memohon kepada Allah s.w.t. ketetapan hati kita agar sentiasa berada dalam rahmat-Nya. Menurut Ummu Salamah r.ha., doa ini merupakan doa yang paling banyak dibaca oleh Rasul s.a.w.setiap kali selesai solat fardhu dan juga dalam doa ketika solat sunat. ( Petikan buku Zikir, Doa dan Wirid di Tanah Suci, Ustaz Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. ) ! تـاهـوكـه انـدا
|
Sebagai umat Islam yang cintakan Rasul s.a.w. setidak-tidaknya kita tahu tentang perjalanan kisah Israk dan Mikraj ini secara ringkas sudah memadai. Ini kerana ianya berkait rapat dengan Rasul s.a.w. Betapa indahnya jika kita hayati kisah ini dan dapat kita rasakan betapa Rasul s.a.w. sanggup menghadapai mehnah dan tribulasi dengan tenang dan sabar. Jika dikaitkan dalam kehidupan kita sekarang, mehnah dan tribulasi yang mendatang tidak mampu kita harungi dengan sabar tetapi kita menghadapinya dengan keluh kesah dan pelbagai keadaan negatif yang bersarang dibenak kita. Justeru itu, penulis berkongsi rasa agar kita sentiasa menghayati sirah Rasul s.a.w. dan kisah Nabi-nabi terdahulu kerana di sana banyak pengajaran yang boleh kita laksanakan di sini. Pelbagai musibah melanda mereka namun mereka cekal dan sabar menempuh dan mengharunginya demi taat menurut perintah Allah.
Ingatlah sesuatu yang terjadi kepada kita adalah ujian untuk mempertingkatkan keimanan kita sekaligus mendekatkan kita kepada Allah s.w.t. Jika kita bijak menangani musibah, maka kemanisan akan bersama kita akhirnya. Apa yang penting kita perlu bersangka baik dan berlapang dada dengan mehnah yang mendatang kerana setiap insan bernama manusia akan sentiasa diuji. Berusahalah melawan hawa nafsu dan sentiasalah menyajikan keimanan dan ketaqwaan dalam hati kita. In sya Allah setiap usaha yang kita lalkukan untuk kebaikan akan diredhoi Allah s.w.t dan sentiasa mendapat pertolongan daripada-Nya.Ingatlah Allah bersama orang-orang yang sabar. KISAH UWAIS AL-QARNI
Uwais al-Qarni terkenal di langit tidak di bumi. Hidup sezaman dengan Rasul s.a.w. tetapi mereka tidak pernah bertemu kerana Uwais tinggal di Yaman. Dia sering membaca al-Quran dan sering menangis ketika membacanya.Dia tidak dikenali ramai apatah lagi untuk mengambil berat tentangnya.Banyak suara yang mentertawa dan mempersendakannya. Ada yang menuduhnya sebagai pencuri dan pelbagai kata nista kerana kemiskinannya.Uwais hanya mempunyai ibu sahaja dan merupakan anak yatim, tiada saudara-mara. Ibunya sudah tua dan lumpuh. Uwais bekerja sebagai seorang pengembala kambing.Upah yang diterimanya hanya cukup untuk menampung dirinya dan keperluan bersama ibu kandung.Jika ada wang lebih, Uwais akan membantu jirannya.
Uwais al-Qarni memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad s.a.w. tiba ke negeri Yaman. Kesibukannya merawat ibunya yang lumpuh dan buta tidak menjejaskan sedikit pun ibadatnya kepada Allah s.w.t. Dia tetap berpuasa di siang hari dan bermunajat di malam hari. Ramai tetangga yang telah memeluk Islam pergi ke Madinah untuk bertemu Rasul s.a.w. secara langsung. Uwais sangat sedih kerana dia tidak dapat berbuat demikian.Kecintaannya kepada Rasul s.a.w. telah menumbuhkan kerinduan yang amat sangat terhadap Rasul s.a.w. Dia ingin sangat bertemu dengan Rasul s.a.w. namun apakan daya kerana dia perlu menjaga ibunya. Pada suatu hari, dia menyatakan hasratnya kepada ibu tercinta untuk ke Madinah bertemu Rasul s.a.w. Si ibu rasa terharu dan megizinkan dia pergi dengan syarat segera pulang. Dia sangat gembira dan berjanji akan segera pulang. Sepeninggalannya dia berpesan kepada jiran supaya menemani ibunya sementara dia tiada.Dia sangat merindui Rasul s.a.w. Namun setibanya Uwais al-Qarni di hadapan rumah Nabi, Aisyah r.ha. memaklumkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w berada di medan perang. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kepulangan Nabi s.a.w. namun dia teringat akan janji kepada ibunya untuk segera pulang. Atas ketaatan kepada ibu maka dia menitipkan salam kepada Nabi s.a.w. sebelum pulang. Apabila Nabi s.a.w. pulang dari medan perang, baginda terus bertanya tentang orang yang datang mencarinya.Baginda menjelaskan bahawa Uwais adalah anak yang taat kepada ibunya. Walau tidak dikenali di dunia namun namaya sangat terkenal di langit. Mendengar penjelasan baginda 'Aisyah r.a. dan para sahabat terpegun.Menurut 'Aisyah r.a. memang benar ada orang datang mencari baginda tapi dia segera pulang kerana ibunya sudah tua. Rasul s.a.w. bersabda : " Kalau ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah dia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya".Sesudah itu Rasul s.a.w. memandang kepada Saidina Ali k.w. dan Saidina Umar r.a. dan bersabda " Suatu ketika, kamu sekelian bertemu dengannya mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi. Setelah wafat Nabi s.a.w., suatu ketika khalifah Umar dan Ali k.w. teringat akan sabda Nabi s.a.w. tentang Uwais al-Qarni. Sejak itu setiap kali kafilah yang datang dari Yaman, mereka akan bertanya tentang Uwais al-Qarni sehinggalah suatu ketika akhirnya mereka dipertemukan. Bilamana Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah ke Madinah.Pada ketika itu ibunya telah pun wafat. Kesempatan ini diambil oleh Saidina Umar dan Saidina Ali k.w. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka sebagaimana pesanan Baginda s.a.w. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah " sayalah patut memohon doa dari kalian". Mendengar perkataan Uwais, khalifah berkata " kami datang sini untuk memohon doa dan istighfar daripadamu". Kerana desakan dua sahabat itu, maka Uwais pun mengangkat tangan berdoa dan membacakan istighfar. Setelah itu khalifah Umar r.a. berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais tetapi ditolak oleh Uwais lalu berkata "Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari seterusnya biarlah orang tidak mengenali hamba. Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak diketahui berita tentangnya. Kemudian tersiarlah berita Uwais al-Qarni telah kembali ke rahmatullah. Anehnya pada saat dia dimandikan tiba-tiba ramainya manusia berebut untuk memandikannya. Begitu juga ketika dibawa ke tempat perbaringan untuk dikafan, sudah ada ramai manusia menunggu untuk mengkafankannya.Demikian juga untuk ke kubur sudah ada ramai yang menunggu untuk menggali kuburnya. Ketika mayat diusung, ternyata ramai manusia luar biasa berebut untuk mengusungnya. Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan seluruh penduduk Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang menghairankan. Manusia yang tidak dikenali datang untuk menguruskan jenazah pengkebumiannya padahal dia tidak dikenali orang. Mereka saling tertanya-tanya siapakah engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenali hanyalah seorang fakir miskin, penggembala kambing dan tidak memiliki apa-apa? Namun ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan masyarakat kota Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dengan jumlah yang banyak dan luar biasa. Mereka itulah Malaikat yang diturunkan ke bumi hanya untuk mengurus jenazah Uwais al-Qarni. Maka dari saat itulah penduduk Yaman mengetahui siapa sebenarnya Uwais al-Qarni. Dilah Uwais al-Qarni yang tidak terkenal di bumi tetapi tersohor pada penghuni langit. Wallahua'lam.... Moral daripada kisah tersebut menunjukkan kepada kita dua benda yang bertaut antara satu dengan yang lain iaitu sifat sabar dan sifat iman dan taqwa dihati kita perlu ada untuk kita meraih syurga Allah s.w.t. Demikianlah Uwais, dia tidak mendapat gelaran "sahabat" kerana dia tidak bertemu dengan Rasul s.a.w. walaupun dia hidup sezaman dengan Rasul s.a.w. Mudah-mudahan kita dapat mengikut jejak Uwais al-Qarni. Mari kita muhasabah diri setelah membaca kisah Uwais al-Qarni. Adakah kita telah melakukan yang terbaik untuk ibu kita? Masing-masing ada jawapannya. Terima kasih. |