PERKONGSIAN PELBAGAI APLIKASI ONLINE OLEH USTAZAH SABARIAH
PdPr PENDIDIKAN ISLAM - TASMIK - KBS DAN JAWI IMTIAZ
__________________________________________________
1- APLIKASI KUMOSPACE VS GOOGLE MEETwww.youtube.com/watch?v=yLEn4PZVMQM
Boleh rujuk link untuk lihat tutorial Kumospace Kumospace merupakan salah satu aplikasi yang sangat menarik minat murid-murid untuk berPdPr kerana ia lebih kepada penglibatan individu dalam merasai pembelajaran yang sebenar.
Antara keistimewaan yang ada pada Kumospace ialah :
1- Murid-murid dapat menerokai pembelajaran dengan penghayatan dan pengalaman sendiri. 2- Kumospace menyediakan pelbagai bahan untuk digunakan dalam pembelajaran. Contoh : - Sediakan papan putih untuk murid-murid menulis. - Guru dapat menyemak dan membimbing murid menggunakan papan tulis. - Selain itu murid-murid dapat berbincang dalam kumpulan berdasarkan tajuk atau soalan yang diberikan. - Hasil perbincangan ditulis di papan tulis yang telah disediakan. - Guru membuat semakan hasil perbincangan. - Pembetulan dapat dibetulkan dan semua murid dapat melihat hasil perbincangan setiap kumpulan dengan jelas. Murid-murid sangat teruja kerana mereka merasakan seolah-olah mereka berada di dalam kelas walaupun hakikatnya di alam maya. Kelainan ini menarik minat murid-murid untuk mengikuti kelas PdPr guru. Namun di sana terdapat juga kelemahan Kumospace, Antaranya ialah : 1- Perlu kepada akses internet yang laju. Jika sebaliknya menyebabkan murid tidak dapat masuk ke aplikasi ini. 3- APLIKASI WHEEL OF NAMESwww.youtube.com/watch?v=xHixnUBorSo
Boleh rujuk link untuk lihat tutorial Wheel of Names Aplikasi ini dapat dipelbagaikan sama ada menggunakan gambar, perkataan atau nama murid. Semuanya mengikut kreativiti guru tersebut untuk menghasilkan PdPr yang menarik.
Contoh pelajaran Jawi, boleh isi perkataan pinjaman bahasa Inggeris pada roda tersebut. Kemudian minta murid eja perkataan dalam jawi. Atau boleh masukkan nama murid dan setkan nama mereka akan disebut oleh komputer. Murid-murid akan lebih teruja mendengar sebutan nama mereka. Pelbagai cara boleh dibuat sebenarnya seperti pepatah Arab mengatakan " Man Jadda Wajada ". Siapa yang bersungguh-sungguh akan dapat. Selamat mencuba. 5- QUIZWHIZZERKuiz interaktif adalah antara tarikan murid-murid untuk menghadiri sesi PdPr. Murid-murid akan lebih bersemangat apabila guru memberi kuiz online semasa google meet.
Terdapat pelbagai jenis kuiz online yang boleh digunakan oleh guru-guru semasa pengajaran online. Apa yang menarik dengan kuiz ini ialah di mana guru dapat menyediakan kuiz online mengikut citarasa sendiri dengan menggunakan aplikasi yang telah disediakan seperti Blooket, Gamilab, Nearpod, QuizWizzer dan banyak lagi. Semuanya free. Sebagai contoh, saya menggunakan QuizWhizzer untuk kelas yang kurang murid. Dalam Quizwhizzer guru membina soalan dan memilih templet yang telah disediakan. Selesai membina soalan berdasarkan tajuk pnegajaran hari tersebut, guru akan memberi link kuiz ini dalam google meet untuk murid-murid jawab. Selesai menjawab, guru akan pamerkan pemenang dan waktu inilah merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh murid-murid untuk melihat siapakah pemenangnya. Alhamdulillah mereka sangat seronok dengan permainan kuiz ini.
Guru juga boleh jadikan kuiz sebagai pertandingan atau permainan untuk mendapatkan penilaian di akhir pengajaran. Penilaian ini boleh guru pamerkan semasa bergoogle meet dan murid-murid akan teruja untuk mengetahui siapa pemenang dan siapa yang mendapat markah tertinggi. Secara tidak langsung situasi begini menjadi nilai tambah kepada pengajaran khususnya untuk pentaksiran bilik darjah (PBD). Namun di sana terdapat kelemahan aplikasi yang diistilahkan sebagai free ini. Antaranya ialah QuizWhizzer ini hanya boleh untuk free 10 orang sahaja. Akaun free biasanya terhad. Jadi guru-guru perlu peka untuk menggunakan QuizzWhizzer ini jika kelas melebihi 10 orang murid. Berbeza dengan Blooket dan Gamilab dan beberapa kuiz lagi yang menyediakan Free melebihi jumlah dalam QuizzWhizzer. Selamat Mencuba. |
2- CLASSDOJO - MESRA PBD -www.youtube.com/watch?v=GAzZeP4W9aw
Boleh rujuk link untuk lihat tutorial Classdojo Clasdojo merupakan satu aplikasi yang mirip kepada google clasroom. Terdapat beberapa keistimewaan berbanding google classroom menyebabkan aplikasi ini menjadi pilihan dalam PdPr.
Alhamdulillah aplikasi ini menjadi kayu ukur untuk melaksanakan PBD dengan lebih berkesan ketika atas talian. Apa yang menariknya ialah : - Classdojo dapat merekod markah atau ganjaran setiap murid. - Parents juga dapat melihat markah yang murid dapat berdasarkn kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh guru tersebut. Contoh : jika seseorang murid dapat menjawab soalan dengan pantas, guru memberi mata ganjaran kepada murid tersebut. Hal ini akan meningkatkan semangat murid untuk lebih belajar. Selain itu, unsur penerapan nilai juga dapat dilihat dengan mengumpul markah. Contoh ketika murid memberi salam, guru boleh merekod markah dengan hanya klik pada sistem yang telah disediakan seperti dalam gambar di bawah. Guru boleh memberitahu murid bahawa amalan memberi salam bukan sahaja mendapat markah ketika bergoogle meet malah ia merupakan amalan sunnah yang perlu kita jadikan sebagai amalan dalam kehidupan harian. Di sini berlakunya penerapan nilai murni secara tidak langsung dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menetapkan sendiri elemen apa yang perlu untuk anak didiknya. Contoh seperti dapat menjawab dengan cepat diberi mata ganjaran 2, memberi salam diberi mata ganjaran 1 dan sebagainya.
Secara tak langsung ianya telah memberi input positif kepada murid-murid tanpa sedar. Murid-murid akan terbiasa dengan situasi ini apabila mereka berdepan dengan guru. Penerapan nilai dan PBD dapat ditaksir dengan baik. Kelebihan teknologi sangat berfaedah jika digunakan dengan sebaiknya. Guru hanya perlu rancang dan pelbagaikan kaedah pengajaran agar kelas PdPr berjalan dengan baik, menarik dan disukai oleh murid-murid. Selamat Mencuba. 4- APLIKASI JAMBOARDwww.youtube.com/watch?v=CHtBjhi0tVA
Boleh rujuk link untuk lihat tutorial Jamboard Kebaikan aplikasi JamBoard ialah di mana paparan guru semasa penerangan boleh di edit oleh murid jika guru share screen.
Contoh guru menulis ayat jawi yang tidak tersusun. Kemudian guru meminta seorang murid untuk menyusun perkataan menjadi ayat yang betul. Murid tersebut boleh menggunakan jamboard guru untuk latihan tersebut dengan menyusun ayat jawi menjadi ayat yang betul. Semua murid dapat melihat atas talian. Pembelajaran menjadi lebih fokus kerana masing-masing teruja untuk cuba menjawab. Hasilnya lebih berkesan kerana situasi berlaku seperti di dalam kelas ketika murid menulis di papan putih dalam kelas. Kelemahannya ialah di mana murid-murid yang menggunakan telefon pintar perlu muat turun aplikasi ini berbanding murid-murid yang menggunakan laptop atau komputer. Walau apa keadaan pun guru perlu mencuba supaya pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Selamat Mencuba. 6- MYVIEWBOARDwww.youtube.com/watch?v=UhZzeDUj1lQ
Boleh rujuk link untuk lihat tutorial Myviewboard Aplikasi paling menarik kerana semuanya dalam satu. Tidak perlu share pelbagai aplikasi ketika google meet. Hanya dengan aplikasi Myviewboard sahaja boleh mengakses pelbagai bahan disamping kemudahan pen dan pelbagai fungsi disediakan seperti throw, kuiz, youtube dan lain-lain.
Terdapat pelbagai fungsi. Contoh guru memberi tugasan semasa goole meet dengan menggunakan aplikasi Kuiz. Guru akan share link kepada murid untuk menjawab soalan. Murid-murid dapat menulis jawapan di papan putih masing-masing dan menghantar semula kepada guru. Hasil dapatan ini dapat dilihat oleh semua murid. Pembelajaran menjadi lebih interaktif dan santai. |
7- RAKAMAN VIDEO GURU MENGGUNAKAN POWERPOINT DAN DIUPLOAD KE YOUTUBE
Power Point bukan sekadar sebagai paparan screen sahaja, malah ianya boleh dipelbagaikan. Guru boleh jadikan sebagai video pengajaran dan diberi kepada anak didik untuk ditonton. Seperti yang telah saya lakukan dalam membina bahan PdPr menggunakan powerpoint, saya telah merakam bahan pengajaran. Kemudian saya export ke video dan seterusnya upload ke youtube untuk dijadikan koleksi pengajaran.
Untuk lebih tersusun bahan-bahan pengajaran ini, saya uploadkan ke youtube menggunakan link unlisted. Ini bermaksud hanya murid-murid yang menerima link sahaja dapat melihat video ini. Secara tidak langsung cara begini dapat diguna pakai video ini di masa akan datang.
Berikut adalah beberapa contoh video pengajaran PdPr yang telah saya rakam untuk anak-anak didik saya. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah telah mempermudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran. Mudah-mudahan perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh semua. Pepatah ada mengatakan " dimana ada kemahuan, disitu ada jalan ".
Untuk lebih tersusun bahan-bahan pengajaran ini, saya uploadkan ke youtube menggunakan link unlisted. Ini bermaksud hanya murid-murid yang menerima link sahaja dapat melihat video ini. Secara tidak langsung cara begini dapat diguna pakai video ini di masa akan datang.
Berikut adalah beberapa contoh video pengajaran PdPr yang telah saya rakam untuk anak-anak didik saya. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah telah mempermudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran. Mudah-mudahan perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh semua. Pepatah ada mengatakan " dimana ada kemahuan, disitu ada jalan ".
|
|
|