P E L U P U S A N A L- Q U R A N
18 NOVEMBER 2015
MASJID DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
Seperti yang kita ketahui al-Quran merupakan mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. dan merupakan kitab suci kepada umat Islam. Oleh itu ianya tidak boleh dibuang sewenang-wenangnya. Bagi memelihara kesucian al-Quran pihak Panitia telah mengumpulkan bahan-bahan yang mengandungi al-Quran untuk dilupuskan di tempat yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib iaitu Pusat Pelupusan Al-Quran di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan.
Carta Aliran Kerja bagi Pelupusan al-Quran adalah seperti berikut:
Selain itu, bagi melancarkan lagi proses pelupusan ini beberapa aspek perlu diketahui supaya perjalanan lupus dapat dilakukan dengan jayanya. Semua bahan perlu diasingkan mengikut kategori dan dimasukkan ke dalam kotak yang telah disediakan seperti :
Kesemua bahan-bahan ini akan diproses mengikut Carta Aliran Kerja. Setelah selesai melalui 6 proses Carta Aliran Kerja maka selesailah kerja pelupusan al-Quran. Sesungguhnya pahala mengiringi mereka yang menjalankan kerja-kerja ini kerana mereka telah menyelamatkan al-Quran daripada dibuang merata-rata. Wujudnya Pusat Pelupusan ini, maka segala bahan yang mengandungi ayat al-Quran dapat dibendung dan dilupuskan dengan cara mengikut syariat Islam. Tahniah dan syabbas diucapkan kepada pihak Panitia atas inisiatif mulia dan baik ini.

- Permohonan Borang.
- Timbangan.
- Pengasingan Bahan.
- Pembakaran.
- Penghasilan Abu.
- Proses Lupus ( ke laut ).
Selain itu, bagi melancarkan lagi proses pelupusan ini beberapa aspek perlu diketahui supaya perjalanan lupus dapat dilakukan dengan jayanya. Semua bahan perlu diasingkan mengikut kategori dan dimasukkan ke dalam kotak yang telah disediakan seperti :
- Kotak al-Quran
- Kotak Buku Tulisan Jawi / Kitab Kuning
- Kotak Buku Surah Yasin (* sekiranya masih boleh dibaca akan disimpan).
- Kotak Buku-buku lain seperti majalah, poster, buku latihan (tulisan ayat al-Quran)
Kesemua bahan-bahan ini akan diproses mengikut Carta Aliran Kerja. Setelah selesai melalui 6 proses Carta Aliran Kerja maka selesailah kerja pelupusan al-Quran. Sesungguhnya pahala mengiringi mereka yang menjalankan kerja-kerja ini kerana mereka telah menyelamatkan al-Quran daripada dibuang merata-rata. Wujudnya Pusat Pelupusan ini, maka segala bahan yang mengandungi ayat al-Quran dapat dibendung dan dilupuskan dengan cara mengikut syariat Islam. Tahniah dan syabbas diucapkan kepada pihak Panitia atas inisiatif mulia dan baik ini.
________________________________________________________
GOTONG-ROYONG MASJID JAMEK BAGAN LEBAI TAHIR, BUTTERWORTH
15 OKTOBER 2015
Kembara Panitia tahun 2015 kali ini ke Masjid Bagan Lebai Tahir, Butterworth. Tujuan Kembara Panitia ke sana ialah untuk memberi khidmat sumbangan tenaga oleh murid-murid tahun 6 SK Bagan Ajam. Di sana mereka telah menjalankan aktiviti amal seperti membersihkan kawasan masjid, menyapu dan membuang sampah sarap dan sebagainya.
Semua ini dibuat atas inisiatif kepada mereka supaya melatih mereka beramal dengan kebaikan. Rombongan ke sana diketuai oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam ( Ustaz Zailan b. Aboo Hassan) dan diiringi oleh beberapa orang guru lain sebagai guru pembimbing. Peruntukan masa yang digunakan untuk kerja-kerja amal lebih kurang 2-3 jam.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Mudah-mudahan usaha murni ini dapat diteruskan dari masa ke semasa. Pihak Panitia mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak AJK Masjid Bagan Lebai Tahir atas layanan mesra dan jamuan yang menyelerakan. Segala usaha mereka Allah s.w.t. membalasnya dengan kebaikan. Marilah kita sama-sama mengorak langkah memperkasakan Pendidikan Islam supaya hebat di mata dunia. Sekian, terima kasih.

|
|