EDISI KHAS OKTOBER 2016 **************************************************** SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 9/2016
_________________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________________
EDISI KHAS TERBITAN OKTOBER
PROGRAM SELEPAS UPSR ( 17 -21 OKTOBER 2016 ) - MURID-MURID TAHUN 6
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK BAGAN AJAM TAHUN 2016.
Jom baca . . . .
BENGKEL KEM BESTARI SOLAT TAHUN 6
|
Kem Cemerlang Jawi (KCJ) merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan sempena Program Murid-Murid Tahun 6 selepas UPSR. KCJ dikendalikan oleh Ustazah Nor Azlina dan Ustazah Jamakyah bertempat di Dewan Terbuka.
Antara pengisian yang popular ialah mencantumkan suku kata terbuka dan tertutup menjadi perkataan. Kumpulan yang dapat mencantumkan menjadi perkataan dengan cepat dan tepat akan diberi hadiah pada penutup program nanti. Semua murid dapat memberi kerjasama yang baik semasa program berjalan dan alhamdulillah objektif KCJ tercapai. |
Murid-murid sedang membentangkan hasil kerja bengkel masing-masing. Mereka begitu gembira dan teruja kerana dapat belajar membina kad suku kata sendiri.
PROGRAM TAHUN 6 - MEMASAK BUBUR ASYURA
PADA 20 OKTOBER 2016
Gotong-royong memasak Bubur Asyura beramai-ramai merupakan satu kenangan manis yang sukar dilupakan oleh murid-murid Tahun 6. Mereka telah didedahkan dengan cara-cara bagaimana memasak bubur asyura.
Program ini dikendlikan oleh Ustazah Hasyimah, Ustazah Sabariah dan Ustazah Khalijah sebagai pemudah cara untuk murid-murid. Semua murid diminta membawa bahan-bahan sekadar mampu disamping sumbangan bahan dan wang daripada pihak guru-guru.
Alhamdulillah hsil SEPAKAT telah membawa BERKAT kerana apa yang dirancang berjalan dengan baik dan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan murid-murid tahun 6 atas pengorbanan dan bakti ikhlas menjayakan program in dan akhirnya berjaya dengan jayanya. Semoga kita sama-sama mendapat ganjaran dan kasih syang Allah.

RENUNGAN BERSAMA . . .
Hidup lebih ceria dan sihat dengan berfikiran postif. Jom . . . . POSITIFKAN DIRI KITA .
PENGURUSAN JENAZAH
MASJID LEBAI TAHIR PADA 18 OKTOBER 2016
Solat Jenazah merupakan salah satu sukatan pelajaran bagi murid-murid tahun 6 yang beragama Islam. Pihak Panitia telah menyusun satu program Pengurusan Jenazah kepada semua murid tahun 6 supaya mereka mahir tentang bab jenazah. Alhamdulillah SK Bagan Ajam telah bergabung bersama SK Teluk Air Tawar dalam program ini bertempat di Masjid Lebai Tahir, Butterworth. Ini merupakan tahun kedua anjuran bersama pihak AJK Masjid Lebai Tahir.
Penceramah Sarjan Wan Muhd Hafiz bin Wan Zainal (KAGAT TUDM Butterworth) telah dijemput khas bagi memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan jenazah secara teori dan amali. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semoga usaha murni ini mendapat ganjaran dan kasih sayang Allah s.w.t. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada pihak AJK Masjid Lebai Tahir atas segala yang disediakan seperti makanan, peralatan dan lain-lain. Terima kasih juga kepada Ustaz Zamri dan Ustaz Mohd Rosli dan semua pihak yang terlibat.

LATIHAN KEBAKARAN
19 OKTOBER 2016
Latihan kebakaran Peringkat Sekolah dibuat bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua murid tentang cara-cara dan bagaiman bertindak ketika berlaku kebakaran. Pihak sekolah telah menjemput pihak Bomba Butterworth untuk memberi taklimat dan tatacara berkenaan kebakaran serta demo kepada semua murid.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada pihak Bomba Butterworth atas penerangan dan demo yang baik dan sangat berkesan kepada semua murid. Terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Haji Sakri selaku guru Unit Keselamatan kerana telah berjaya menganjurkan satu demo yang baik. Semoga kerjasama yang diberikan oleh semua pihak akan mendapat ganjaran daripadaNYA.

________________________________________________________
EDISI OKTOBER 2016 **************************************************** SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 8/2016
_________________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________________
PELANCARAN BACATHON
|
HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH
|
________________________________________________________
EDISI SEPTEMBER 2016 **************************************************** SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 7/2016
EDISI KHAS - - - BULAN KEMERDEKAAN
________________________________________________________________________________________________________
EDISI KHAS - - - BULAN KEMERDEKAAN
________________________________________________________________________________________________________
GURU BESAR EN. MOHD HUSNI BIN MAN BERGAMBAR KENANGAN
SEMPENA MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH
PADA 9 SEPTEMBER 2016.
PERSEMBAHAN PAKAIAN KEMERDEKAANSENARAI PEMENANG PAKAIAN MERDEKA
|
IMBASAN PERISTIWA HARI PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH.MAJLIS PENUTUP
|
________________________________________________________
EDISI OGOS 2016 **************************************************** SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 6/2016
_________________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________________
BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT UPSR
|
GURU BESAR EN. MOHD HUSNI BIN MAN sedang memberi ucapan aluan kepada semua hadirin. Beliau berpesan kepada para hadirin agar sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada anak-anak. UPSR merupakan peperiksaan pertama bagi anak-anak didik dan mereka akan berdepan dengan pelbagai peperiksaan di masa akan datang. Justeru itu, lakukan yang terbaik agar kejayaan ini memberi semangat dan peransang untuk kejayaan seterusnya. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih dan restu kedua ibubapa.
|
GAMBAR SEKITAR CERAMAH DAN MOTIVASI UPSR
Gambar atas : Para ibubapa dan anak-anak murid begitu khusyuk mendengar pelbagai nasihat dan tips untuk menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi.
Gambar bawah : Ustaz Manis Astro bersama sahabatnya, Guru Besar, dan Tuan Yang DiPertua PIBG sedang menjamu selera di bilik KSSR sebelum sesi ceramah bermula.
Gambar bawah : Ustaz Manis Astro bersama sahabatnya, Guru Besar, dan Tuan Yang DiPertua PIBG sedang menjamu selera di bilik KSSR sebelum sesi ceramah bermula.
PIHAK SEKOLAH MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT MENJAYAKAN PROGRAM INI. SEMOGA MENDAPAT GANJARAN YANG BAIK DARIPADA ALLAH S.W.T.
TENTATIF PROGRAM BACAAN YASIN UPSR.
Ustaz Manis Astro sedang menyampaikan ceramah motivasi kepada murid-murid tahun 6. Pelbagai tips yang disampaikan. Antaranya ialah :
- Sentiasa mengingati Allah iaitu dengan melakukan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.
- Taat kepada kedua ibubapa.
- Hormati guru.
- Mengulangkaji pelajaran.
- Banyak berdoa dan bertawakkal kepada Allah.
GAMBAR SEKITAR MAJLIS BACAAN YASIN UPSR
________________________________________________________
EDISI JULAI 2016 **************************************************** SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 5/2016
_________________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________________
BULAN DAKWAH MERUPAKAN SALAH SATU PROGRAM YANG DI ANJURKAN OLEH PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG BULAN JUN DAN JULAI. BERIKUT ADALAH BEBERAPA PROGRAM YANG DIPAPARKAN UNTUK SANTAPAN BERSAMA.
PELANCARAN BULAN DAKWAH
PROGRAM BIJAK TAJWID bersama Pn. Sabariah bt. Othman dan Pn. Munirah bt. Hashim. OBJEKTIF Program Bijak Tajwid adalah seperti berikut :
Suasana program Bijak Tajwid bersama murid-murid . Mereka telah memberi respon yang baik semasa aktiviti berjalan. Alhamdulillah dengan usaha yang sedikit, in sya Allah akan membuahkan hasil yang baik andai kita bijak dalam melaksanakan sesuatu dengan baik.
|
SEKITAR AKTIVITI BULAN DAKWAHHAIYA BIL ARABIYAH : Pn. Intan Mazura dan Pn. Fatahiah adalah peneraju utama program ini. Dijalankan setiap hari Selasa hingga Khamis pada perhimpunan pagi iaitu jam 7.30-7.45 pagi. Antara pengisian yang dibuat ialah "Hiwar", Nasyid dan Kuiz. Program ini sepenuhnya dalam dalam bahasa Arab.
Alhamdulillah murid-murid yang terlibat dapat memberi kerjasama yang baik dan objektif Haiya Bil Arabiyyah berjaya. Murid India turut terlibat. Ini mmembuktikan bahasa Arab dapat dikuasai dengan mudah jika kita memberi tumpuan yang baik ketika guru mengajar. In sya Allah Haiya Bil Arabiyyah akan dibuat berterusan dari masa ke semasa kerana mendapati ianya sangat bermanfaat kepada murid-murid. MODEST HIJAB : Pn. Jamakyah dan Pn. Khalijah adalah ustazah yang mengendalikan jualan tudung untuk murid-murid Islam. Hasil pemberian tudung secara sukarela dan ikhlas oleh guru-guru SKBA kepada Panitia Pendidikan Islam, adalah merupakan satu bonus bagi Panitia menambah dana. Jualan tudung dilakukan di surau Annajah SKBA beberapa minit sebelum program khatam bermula.
Alhamdulillah...sambutan sangat menggalakkan. Jualan dibuat mengikut kategori gred tudung. Ada yang 3 helai RM1.00, sehelai RM2.00 dan sehelai RM3.00. Pihak Panitia sangat berpuas hati dengan program ini kerana mendapat sambutan yang menggalakkan dan yang paling penting ialah dapat mengumpul dana Panitia untuk kegunaan manfaat bersama murid-murid. Syukur pada yang Maha Kuasa atas nikmat dan kasih sayangNYA sehingga memudahkan urusan aktiviti Bulan Dakwah. Ucapan terima kasih juga kepada semua guru yang terlibat atas sumbangan ikhlas bagi menjayakan program ini. Balasan Allah dengan kebaikan. JOM BUAT PAHALA ....... SEHARI SEPULUH SEN.SEBUTIR BENIH AKHIRAT : Pn. Nur Khorina dan Pn. Nor Azlina adalah dua insan yang dipertanggungjawabkan atas program ini. Sesungguhnya sedekah yang paling baik adalah sedekah yang ikhlas kerana Allah s.w.t . Alhamdulillah program sedekah ini telah menjadi budaya secara tidak langsung dalam kalangan murid-murid SKBA. Tahniah kepada pihak yang telah mencetuskan idea positif ini.
Penolong Kanan Pentadbiran (Pn. Nooraini bt. Sudin) sedang memasukkan sedekah ke dalam tabung surau sambil diperhatikan oleh Pn. Nur Khorina.
|
RIANG RIA SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH
PADA 29 JULAI 2016
________________________________________________________
EDISI JUN 2016 ******************************************************************* SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 4/2016
_________________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________________
SEKITAR PROGRAM IHYA' RAMADHANProgram Ihya' Ramadhan merupakan antara program Mega Pendidikan Islam yang sentiasa bersiaran setiap tahun. Antara pengisian Program Ihya' Ramadhan yang telah disusun oleh Panitia Pendidikan Islam Tahun 2016 adalah seperti berikut :
1-RADIO PAGI Dikendalikan oleh Pn. Intan Mazura dan dibantu oleh beberapa orang murid tahun 6. Setiap pagi akan dipasang kaset al-Quran untuk diperdengarkan kepada semua sebagai santapan rohani sempena menghidupkan Ramadhan. 2- HAFAZAN SURAH Hafazan surah oleh murid-murid yang terpilih dijalankan semasa perhimpunan pagi iaitu pada hari Selasa dan Rabu dibawah kelolaan Pn. Hasyimah dan Pn. Khalijah. 3- TAZKIRAH RAMADHAN Setiap hari Isnin akan dibacakan teks Tazkirah Ramadhan semasa perhimpunan. Guru bertugas akan membaca teks yang disediakan oleh Pn. Sabariah bt. Othman. 4-KUIZ RAMADHAN Kuiz Ramadhan dibuat bertujuan untuk menyedarkan murid-murid tentang peri pentingnya bulan Ramadhan dan kelebihan yang ada pada bulan ini. Setiap pagi Khamis program kuiz ini akan dilaksanakan di tapak perhimpunan bersama Pn. Jamakyah dan Pn. Nor Azlina Asmonik. 5- INFAK RAMADHAN Amalan bersedekah pada bulan ini sangat dianjurkan bagi menyedarkan semua tentang pentingnya kita memupuk sifat bantu membantu sesama kita. Tabung disediakan oleh Pn. Nur Khorina dan Pn. Fatahiah. 6- KULIAH RAMADHAN Kuliah Ramadhan juga diadakan setiap hari Isnin hingga Khamis selepas solat zohor. Kuliah ini disampaikan oleh Ustaz Mohd Rosli b. Che Yon. 7- TADARUS AL-QURAN Pembahagian Tadarus al-Quran telah diagihkan mengikut kumpulan tadarus masing-masing di bawah kelolaan Ustaz Zamri. Tadarus dijalankan di Surau Annajah SKBA pada waktu Pendidikan Islam bagi tahun 5 dan 6 iaitu pada hari Rabu dan Khamis setiap minggu. NOSTALGIA BERSAMA PEMENANG PERTANDINGAN AZAN PERINGKAT SEKOLAH
|
TAZKIRAH RAMADHAN 1437H
Usaha murni ini mendapat sambutan yang baik daripada para guru. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya kepada kita .
SEKITAR MAJLIS KHATAM AL-QURANPada 30 Jun 2016 (Khamis) telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah bagi tahun 2016. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi selepas ucapan aluan guru bertugas.
Khalifah Khatam pada tahun 2016 ialah Pengerusi Surau Annajah iaitu Ustaz Zamri b. Baharom. Peserta khatam terdiri daripada semua murid Tahun 6 yang terpilih. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua warga SKBA yang terlibat. Semoga usaha murni dan ikhlas kita mendapat ganjaran yang baik. |
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN ATAS GANDINGAN MANTAP BERSAMA MENJALANKAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN DENGAN PENUH DEDIKASI DAN IKHLAS
DI SAMPING MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN ISLAM.
_________________________________________________________
EDISI MEI 2016 ***************************************************** SURAU ANNAJAH SKBA BIL . 3/2016
_________________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________________
SEJENAK BERSAMA PENCERAMAH
|
SEKITAR PROGRAM ISRAK DAN MIKRAJSLOT KUIZ SPONTANSlot ini dikendaikan oleh Puan Sabariah bt. Othman dengan dibantu oleh Puan Nor Hayati bt. Jahaya sebagai pemberi hadiah kepada peserta yang berjaya menjawab soalan dengan tepat.
Kuiz spontan ini diadakan bertujuan untuk menguji minda pelajar dan sebagai mengulangkaji kembali sejarah peristiwa Israk dan Mikraj. Mereka yang dapat menjawab soalan diberikan hadiah oleh pihak penganjur. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. JOM TEST MINDA BERSAMA SOALAN KUIZ.
|
GAMBAR SEKITAR LAWATAN JEMAAH NAZIR PULAU PINANG KE SKBA PADA 9-10 MEI 2016
BERKENAAN PEMERIKSAAN KHAS PATRIOTISME DAN PERPADUAN.
ALHAMDULILLAH ..... SEMUANYA BERJALAN LANCAR DAN KEPUTUSAN PEMERIKSAAN ADALAH MEMUASKAN. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA SKBA.
RIANG RIA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH PADA 27 MEI 2016 BERTEMPAT DI DEWAN TERBUKA SKBA.
ALHAMDULILLAH SEMUANYA BERJALAN LANCAR DAN MEMBERI SATU KENANGAN INDAH YANG TIDAK MUNGKIN DILUPAKAN . . .
________________________________________________________
EDISI MAC / APRIL 2016 **************************************** SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 2/2016
_________________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________________
MESYUARAT AGUNG PIBG 2016/2017Tanggal 12 Mac 2016 telah mencatat sejarah di mana semua AJK PIBG sesi 2014/2015 telah dikekalkan jawatan masing-masing atas persetujuan mesyuarat sebulat suara. Tahniah diucapkan kepada mereka kerana berjaya melaksanakan tugas dengan jayanya sehingga diberi kepercayaan bagi sesi 2016/2017. Setiap usaha yang ikhlas sentiasa mendapat perhatian dan kepercayaan semua. Semoga barisan PIBG sesi 2016/2017 akan terus berkhidmat dengan lebih baik. In sya Allah.
En. Mohd Husni b. Man mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir kerana telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak sekolah.
PROGRAM GOTONG-ROYONGProgram gotong-royong bersama Dato' Jahara di Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam pada 27 Mac 2016 telah mendapatkan sambutan menggalakkan daripada pihak komuniti Penduduk Bagan Ajam, pihak sekolah dan masyarakat setempat.
Program ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir. Semoga kerjasama yang diberikan mendapat ganjaran yang baik. Program ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi. |
SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARIPada 9 Mac 2016 lalu, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan solat sunat gerhaha matahari kerana pada hari ini berlakunya gerhana matahari. Solat sunat ini diadakan pada jam 8.30 pagi. Semua murid Islam tahun 4 hingga 6 terlibat secara langsung bersama guru matapelajaran masing-masing.
Pengerusi surau (En. Zamri b. Baharom) mengimami solat sunat ini. Manakala khutbah disampaikan oleh Ustaz Mohd Rosli b. Che Yon. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pihak Panitia Pendidikan Islam dan Surau Annajah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini hingga selesai. Semoga kerjasama yang diberikan mendapat ganjaran dan kasih sayang Allah. Program hari ini berkongsi dengan Panitia Sains. En. Gopal selaku Ketua Panitia Sains telah menerangkan kepada semua murid bagaimana terjadinya gerhana matahari dari sudut sains.
En. Rohaimi dan En. Mohd Rosli (lihat gambar di bawah) sedang menunggu murid-murid yang akan melihat gerhana melalui bekas yang disediakan. Cara tradisonal melihat gerhana matahari melalui bekas yang berisi air masih digunakan bagi memenuhi tuntutan pengajaran dan pembelajaran. Apa yang penting ialah murid-murid dapat melihat sendiri gerhana matahari secara tradisonal dan moden. Telur juga ditunjukkan kepada murid bagaimana ianya menegak bila berlakunya gerhana matahari. Subhanallah, Allah Maha Berkuasa.
|
SEKITAR IMBASAN KENANGAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN PERINGKAT SEKOLAH 9 APRIL 2016
JOHAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2016 = RUMAH BIRU ( PERDANA ) . TAHNIAH . .
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA . . . . SKBA BOLEHHHHHHHH . . . .
________________________________________________________
EDISI JANUARI / FEBRUARI 2016 *********************************** SURAU ANNAJAH BIL. 1/2016
__________________________________________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________________________________________
INDAHNYA SEBUAH KEJAYAANTanggal 2 Februari 2016 merupakan tarikh keramat buat En. Mohd Husni b. Man selaku Guru Besar SK Bagan Ajam kerana telah menerima satu anugerah daripada pihak PPD Utara atas kejayaan dan lonjakan GPS dalam peperiksaan UPSR 2015 lalu.
Lonjakan ini merupakan antara yang terbaik sejak 5 tahun lalu. Alhamdulillah, pihak sekolah sangat berpuas hati dan gembira dengan terciptanya sejarah buat julung-julung kalinya. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua guru yang sanggup bekerja keras demi kecemerlangan anak didik sekaligus mengharumkan nama sekolah di mata masyarakat. Walaupun peningkatan GPS sedikit sahaja namun ianya amat bermakna buat warga SK Bagan Ajam. Ini merupakan langkah pertama untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang in sya Allah. Terima kasih kepada pihak PPD Utara atas pemberian anugerah ini. TERAJU UTAMA SKBA 2016Selamat datang diucapkan kepada Pn. Munirah bt. Hashim selaku Penolong Kanan Kokurikulum bagi tahun 2016 di Sk Bagan Ajam menggantikan tempat En. Abdul Halim b. Abu Hassan. Untuk pengetahuan semua En. Abdul Halim b. Abu Hassan telah bertukar ke SK Machang Bubok, Seberang Perai Tengah.
KEM CEMERLANG JAWI (KCJ)Ujian Diagnostik Kem Cemerlang jawi (KCJ) telah selesai diadakan pada 3 Februari 2016 secara serentak bagi semua sekolah bermula jam 8.00 pagi. Pn. Hasyimah bt. Abbas selaku Ketua Panitia 2016 dan juga merupakan Penyelaras KCJ mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat. Alhamdulillah ujian berjalan lancar dan KCJ akan diadakan lagi pada masa akan datang.
|
JAWATAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2016.
|