EDISI KHAS NOVEMBER 2018 ************************************ SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 6/2018
______________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________
17 NOVEMBER 2018 - DEWAN TERBUKA SKBA
Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik & Graduasi Prasekolah telah diadakan pada 17 November 2018 bagi meraikan kejayaan anak-anak didik SKBA. Sambutan secara sederhana tetapi cukup bermakna bagi semua warga sekolah dan para waris. En. Aidi Roslan dijemput sebagai perasmi bagi majlis ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan lancar.
Tahniah kepada semua murid yang berjaya dengan cemerlang dan komitmen para waris yang baik telah menjadikan majlis berjalan dengan baik. Tahniah juga kepada semua warga SKBA yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Sepakat Membawa Berkat . SKBA boleh. Terima kasih kepada semua.

PENANG GOLF RESORT - 17 NOVEMBER 2018 - 8.00 MALAM
ALHAMDULILLAH, kenangan indah terpahat sudah. Tahniah diucapkan kepada semua warga SKBA kerana dapat merapatkan sof dan eratkan ukhuwwah sempena majlis jamuan akhir tahun warga SKBA bagi tahun 2018. Terima kasih kepada AJK Kelab Guru dan Staf (KGS) atas anjuran yang terbaik dan menggembirakan semua. Semoga majlis seumpama ini dapat diteruskan sebagai satu majlis yang akan diraikan setiap tahun in sya Allah. Berikut adalah beberapa gambar kenangan sekitar majlis.
CIKGU ZURIYAH DALAM KENANGAN
|
JOM KLIK PLAY SLIDESHOW SAKSIKAN GAMBAR PERSARAAN CIKGU ZURIYAH
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH
9 NOVEMBER 2018 (JUMAAT)
SHARING IS CARINGMEMPERINGATI junjungan mulia Nabi Muhammad SAW tidaklah terhad kepada hari tertentu ataupun hanya melalui acara tertentu. Ia sepatutnya disegarkan dalam ingatan setiap Muslim sepanjang masa. Ini kerana baginda adalah Rasul terakhir yang diutus oleh Allah SWT membawa syariat untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.
Sungguhpun begitu amalan memperingati keputeraan Nabi SAW dengan sambutan maulid tidaklah pula menyimpang daripada ajaran agama. Malah aktiviti perarakan sambil membaca selawat atas Nabi SAW dan ceramah agama yang rutin dilakukan pada bulan Rabiulawal sangat signifikan untuk menyegarkan ingatan dan kecintaan kepada Rasulullah SAW. Amalan ini juga dapat meninggikan syiar Islam yang sesuai dengan kedudukannya. Selain itu, masyarakat Islam diajak untuk memperbaharui kecintaan terhadap junjungan mulia dengan menghayati sirah hidup baginda dan liku-liku perjuangan dakwah menegakkan Islam sebagai pedoman bersama. Ini penting bagi mengelakkan pelaksanaan dakwah dan penyampaian ajaran agama yang menyimpang daripada landasan sebenar. Dewasa ini terdapat segelintir yang menyebarkan fahaman songsang dan ajaran sesat yang mengelirukan masyarakat. Malah terdapat pula yang kurang ilmu, menjadi pak turut, bersikap keras hati dan merasakan dia sahaja yang betul sehingga mengabaikan tanggungjawab kerana taksub dan fanatik dengan fahaman tertentu. Salah faham dan perbuatan melampau seperti ini eloklah diperbetulkan dengan memilih jalan wasatiyyah (kesederhanaan) dan mempraktikkan ajaran Nabi SAW dalam konteks yang syumul dan menyeluruh. Untuk tujuan itu, umat Islam juga diajak beramai-ramai menghadiri pelbagai program yang dirancang sempena bulan Rabiulawal bagi menimba ilmu demi memahami Islam dalam realiti kehidupan masa kini dan tidak terhad kepada pelaksanaan ibadah khusus semata-mata. Ini kerana syariat Islam juga berkait rapat dengan aspek kenegaraan, politik, sosial dan ekonomi. Dalam pada itu, usah dipilih ustaz selebriti atau ustaz tertentu sahaja untuk menghadiri program ceramah sempena Maulidur Rasul. Yang lebih penting adalah, apa yang disampaikan dan bagaimana umat Islam berusaha menzahirkan kecintaan terhadap baginda. Diharapakan, segala pelajaran daripada ceramah agama dan majlis ilmu dapat diterjemahkan dalam kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Kaum Muslimin juga diajak mengamalkan ajaran Nabi Muhammad SAW dalam segenap gerak geri kehidupan. Seperti mana Nabi Muhammad SAW dan para Anbia terdahulu menggembala kambing dan berniaga untuk menyara kehidupan diri dan keluarga maka umat Islam diajak bersikap produktif dan komited dalam kerjaya masing-masing. Usah curi tulang dan terlalu berkira-kira dalam melakukan pekerjaan seharian. Yang lebih penting ikhlas dan tidak mengabaikan semua perintah agama. Begitu juga, persoalan halal dan haram hendaklah sentiasa dititikberatkan agar pekerjaan yang dilakukan dinilai sebagai ibadah. Dalam konteks hubungan sosial dan kemasyarakatan, Nabi Muhammad SAW ialah role model dengan menunjukkan tatacara bergaul dan berbuat baik kepada semua manusia tanpa mengira perbezaan agama dan fahaman tertentu. Untuk itu, perbuatan keji mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain hendaklah digantikan dengan mengingat dua perkara dan melupakan dua perkara. Ingatlah sentiasa semua kebaikan orang lain kepada kita dan ingatlah semua keburukan yang telah kita lakukan. Lupakan pula semua kebaikan yang telah dilakukan kepada orang lain dan lupakan semua keburukan yang pernah dilakukan kepada kita. Dengan cara ini diharapkan kehidupan bermasyarakat, berjiran dan bersahabat akan sentiasa harmoni dengan semangat ukhuwah yang sentiasa bertaut sepanjang masa. Begitu juga dalam pergaulan dan tatacara berpakaian umat Islam diingatkan supaya sentiasa mematuhi syariat. Pergaulan bebas antara bukan mahram, berdua-duaan lelaki dan perempuan tanpa ikatan nikah adalah dilarang agama. Adalah sesuatu yang tidak kena dengan sambutan Maulidur Rasul apabila masih ada yang selesa berpakaian mencolok mata sehingga menyebabkan diri sendiri dan orang lain terlibat berdosa. Ini diburukkan lagi dengan penggunaan media baharu untuk mempamerkan aksi lucah dan perbualan kotor yang boleh menyebabkan pelaku terpalit dosa sebanyak mana orang yang menonton, membaca dan menyebarkannya. Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul kali ini kaum Muslimin diajak merapatkan saf dan barisan untuk membentengi diri, keluarga dan negara daripada pelbagai ancaman dalaman dan luaran yang bertujuan menyesatkan umat daripada ajaran Islam yang sebenar. Usah juga dilupakan nasib saudara seagama di merata dunia termasuklah di Rohingya yang dinafikan hak untuk hidup dan melaksanakan ajaran Islam dengan pengusiran daripada kampung halaman selain pencabulan ke atas hak asasi manusia. Lebih daripada itu, umat Islam diingatkan tidak hanya teruja berarak dengan baju Melayu sambil mengangkat sepanduk serta berqasidah dan marhaban sahaja. Ingatan dan kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW yang mulia hendaklah diterjemahkan dengan memperbanyak selawat dan mempraktikkan ajarannya sepanjang masa. PENULIS ialah Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Kampus Pasir Gudang, Johor. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/memahami-sambutan-maulidur-rasul-1.419005#ixzz5WMlTFqi0 © Utusan Melayu (M) Bhd JOM TENGOK VIDEO SOLAWAT |
UCAPAN ALUAN GURU BESAREn. Mohd Husni bin Man memanjatkan rasa syukur kepada Allah s.w.t. kerana semua warga SKBA yang beragama Islam dapat berada dalam satu majlis kebesaran Islam iaitu " Maulidur Rasul ".
Dalam ucapannya, beliau memberitahu kepada semua betapa pentingnya memperingati bulan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam atas usaha melaksanakan satu program yang baik ini. Semoga semua warga SKBA mendapat sesuatu yang berfaedah sepanjang program berlangsung. Sekian, terima kasih. INFO RINGKAS MAULIDUR RASUL
|
TERAJU UTAMA PROGRAM MAULIDUR RASUL :
PN. HASYIMAH BT. ABBAS DAN PN NOR AZLINA BT. ASMONIK.
TAHNIAH ATAS PELAKSANAAN YANG LANCAR DAN BAIK.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
PN. HASYIMAH BT. ABBAS DAN PN NOR AZLINA BT. ASMONIK.
TAHNIAH ATAS PELAKSANAAN YANG LANCAR DAN BAIK.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
________________________________________________________
EDISI KHAS OKTOBER 2018 ************************************ SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 5/2018
______________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________
SEKITAR IMBASAN KENANGAN . . .
MAJLIS PERPISAHAN PN. MUNIRAH BT. HASHIM - PK KOKURIKULUM SKBA .
Hari ini Jumaat 26 Oktober 2018 merupakan hari terakhir Puan Munirah bt. Hashim bertugas di SKBA. Selama lebih kurang 3 tahun beliau bersama Panitia Pendidikan Islam, adalah satu tempoh yang singkat untuk dikongsi bersama.
Sepanjang perkhidmatan beliau di SKBA sebagai Penolong Kanan Ko-Kurikulum adalah yang terbaik yang saya kenali kerana sumbangan dan tugasan beliau amat santai dan bersahaja tetapi cukup detail dan kemas. Itulah kerja buat seorang guru yang berwibawa dan juga seorang pentadbir yang merupakan idola sesetengah guru. Tahniah diucapkan kerana dinaikkan pangkat ke SK Kuala Perai dengan menyandang jawatan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM). Didoakan agar Pn. Munirah sentiasa dilimpahi kebahagiaan dan berjaya dengan cemerlang dalam kerjaya yang diceburi. In sya Allah. Amin. Saya bagi pihak Panitia Pendidikan Islam memohon jutaan kemaafan andai sepanjang kita berpasukan dalam Panitia terdapat salah silap sama ada yang disedari atau tidak. Semoga apa yang baik dalam Panitia jadikan sebagai panduan dan apa yang kurang anggaplah kita sebagai manusia sentiasa tidak terlepas daripada kesalahan. Harapan kami agar ukhuwwah antara kita berpanjangan walau di mana berada. Kenangan bersama warga SKBA akan kami abadikan sebagai kenangan di masa akan datang. Sekian, Terima kasih atas budi yang ditaburkan. Jasamu dikenang selalu. |
Sebuah nasyid perpisahan ditujukan kepada Pn. Munirah bt. Hashim PK Ko-Kurikulum SKBA. Hayatilah lirik nasyid ini kerana di sana ada yang terpahat dihati. Nasyid khas daripada Panitia Pendidikan Islam, untuk sesiapa yang bertukar sekolah. Jika rindu kami dengar-dengarlah nasyid ni ya. Sedihhhhhhhh....
|
Hari Karnival Kokurikulum muncul lagi. Tanggal 13 oktober 2018 berlangsung hari penuh bermakna bagi semua warga SKBA. Sambutan secara sederhana tetapi cukup membuahkan hasil dapatan yang baik dan mengembirakan adalah satu kepuasan bagi pihak penganjur. Alhamdulillah walaupun sambutan secara dalaman namun keadaan di hari tersebut sangat meriah.
Terdapat pelbagai gerai jualan seperti Gerai Pendidikan Islam (burger, jagung dan air), Gerai Pra-Sekolah (nasi lemak dan mi goreng basah), Gerai Kantin ( char ko-teow, jajan, air dan lain-lain lagi), Gerai Panitia Bahasa Inggeris ( Satey, laksa dan nasi ayam), Gerai Tahun 6 ( ais krim, air tin, air kotak dan lain-lain), Gerai Panitia Matematik dan Sains (keropok lekor) dan lain-lain gerai lagi. Alhamdulillah semuanya mendapat pulangan yang baik hasil jualan di hari tersebut.
Jualan kupon amat membanggakan kerana melepasi target dan kupon habis dijual pada jam 11.00 pagi menyebabkan pembeli terpaksa menggunakan wang untuk dapatkan belian.
Selain itu, permainan dalaman juga tidak ketinggalan untuk pengunjung bermain dan merasai keseronokan di hari tersebut. Antaranya ialah, permainan Dam Gergasi, Pancing Ikantuk, Rumah Hantu dan beberapa lagi permainan yang turut disajikan untuk semua. Alhamdulillah semuanya terisi dan mendapat isi kupon yang banyak. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Tahniah kepada semua yang terlibat memberi sumbangan tenaga dan menjayakan hari Kokurikulum tahun 2018 dengan baik. Walaupun penat tetapi wajah-wajah penjual tetap ceria kerana keseronokan mendapat keuntungan yang lumayan. Semoga di tahun akan datang akan lebih baik lagi. In sya Allah. Sekian , terima kasih.

RIANG RIA
|
JOM TENGOK GAMBAR LAGI.
|
________________________________________________________
EDISI KHAS SEPTEMBER 2018 ****************************************** SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 4/2018
________________________________________________________
SLOT 1 - " BELUM " YANG KAMI NANTI-NANTIKAN
APA ADA DI SANA ? JOM BACA . . . . Jangan lupa klik PLAY pada gambar.
Pada 29 September 2018 rombongan warga Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam (SKBA) bertolak ke Royal Belum untuk sesi Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) .
Semua sahabat teruja bila sampai. Tak sabar nak tengok tempat penginapan tau. Siap jalan laju-laju lagi nak cup bilik la katakan hehe....Satu bilik ada yang berempat dan ada yang berlima. Bilik air (memang legend hihihi) aras bawah. Apa pun best jugak join ngan kengkawan. Bukan senang ooo nak rasa time rehlah ngan kawan-kawan ni. Nak-nak pulak separuh usia macam sekarang ni. Seronok sangat dalam bot tu. Mau tidaknya perjalanan katanya 3 jam nak sampai perkampungan orang asli. Apa lagi kami pun sembang-sembang petang, kuliah sikit-sikit ikut part-part tertentu saja. Celah-celah tu selit jugak ramuan lain hahaha...Sedar tak sedar dah sampai. Jom baca slot 2 pulak no.
SLOT 2 - ZIARAH MAHABBAH TAUTAN KASIH
JOM TONTON PERKAMPUNGAN ORANG ASLI
TUDIAAAA...Kami dah sampai perkampungan depa..Panaih tak tau nak habag. Peluh meleleh-leleh, macam musim panas kat oversea pulak rasa. Seronok tengok kampung depa. Rasa macam zaman batu la pulak hihihihi..TOK BATIN dan panglima-panglimanya sambut kami. Serupa rombongan meminang pulak kami disambut hahaha....Guru Besar pun mula serah barang yang di bawa (gula, maggie, air kotak, beras dan lain-lain) kepada Tok Batin. Tinggi Lampai Tok Batin orangnya berbanding yang lain. Sesi bergambar pun bermula sebab memang acara wajib kan.
Biasalah kan...Sekarang ni mesti ada bukti. So kita kena raikan zaman kita ya. Bukan apa supaya kita tak ketinggalan. Lagi pun kenangan macam ni susah nak dapat tau. Terima kasih sebab semua rakan-rakan yang pi ni semuanya sehati sejiwa, seia sekata, semuanya sama. Kira memang enjoy sangat-sangat, tak stress pun, riang ria sentiasa. Tapi gelihati pun ada bila tengok dan hadap part-part klasik sangat tu. Semuanya akan menjadi lipatan sejarah masing-masing hihihi...
Sempat lagi geng perwira main takraw dengan depa. Hebat juga depa. Baguslah isi masa dan kenangan. Bukan senang nak tengok perlawanan antara dua darjat ni hahahaha... Memang hebat ooo... Apa yang admin lihat memang mesra ukhuwwah dan best la warga SKBA. Memang hebat dalam berukhuwwah, sebab tu la ramai yang menangis bila nak pindah dari SKBA. Termasuklah admin sampai sekarang masih setia dengan SKBA kecuali ditukarkan. Pasrah dan Redho ajo.

SLOT 3 - AIR TERJUN OH AIR TERJUN . DI MANAKAH DIKAU ?
JOM BACA LAGI . . .
HARI ni 30 September 2018, sebelum pulang ke rumah masing-masing, kami teruskan perjalanan ke tempat air terjun. Macam biasa kena naik bot kecil nak ke sana. Perjalanan menaiki bot lebih kurang10-15 minit. Sampai saja di sana, ingatkan dah nampak air terjun, rupanya kena berjalan pulak lebih kurang 10-15 juga. Merentas sungai, tanah tinggi, batu dan semak. Aduh ponat den. Mencabar sungguh nak jumpa air terjun tu.
Akhirnya sampai la jugak tempat air terjun. Ada rakan-rakan yang mandi, ada yang menikmati keindahan alam dan ada yang beri ikan makan. Cantik tempat, tapi nak ke situ jika diberi peluang sekali lagi, rasanya tarik diri la nampaknya. Bukan teruk tapi faktor usia hihihi....
Kepada rakan-rakan yang belum pergi admin sarankan pergilah kerana banyak manfaat yang dapat terutamanya dalam menguji kerohanian dan keimanan. In sya Allah semuanya baik-baik belaka selagi masih berpegang dengan kesabaran. "Sepakat Membawa Berkat" telah menyatukan kami dalam LADAP yang cukup baik dan amat menyeronokkan. Tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur atas inisiatif ini. Semoga Allah membalas jasa-jasa kalian dengan kebaikan. Amin.

JOM KENALI PENGURUS LADAP SKBA
|
WAJAH-WAJAH CERIA ANDA .
|
Sekian, sebelum berundur admin mohon maaf sebab tidak menggunakan bahasa buku. Sengaja admin tukar olahan untuk lebih senang sampaikan cerita. Jika ada yang tersentuh hati atau terasa hati sekali lagi admin mohon maaf. Semuanya sekadar perkongsian semata-mata. Anggaplah apa yang baik daripada Allah dan apa yang tidak baik adalah dari kelemahan admin sendiri. Sekian, jumpa lagi di episod akan datang (mungkin LADAP di Kundasang) in sya Allah. Terima kasih semua yang terlibat.
________________________________________________________
EDISI KHAS RAMADHAN 2018 *********************** SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 3/2018
______________________________________________________________________________________________
JOM KLIK PLAY PADA SLIDESHOW DI BAWAH.
|
MAJLIS KHATAM AL-QURAN
|
GAMBAR SEKITAR PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA SEMUA PESERTA YANG TERLIBAT.
JOM KLIK PLAY PADA SLIDESHOW DI BAWAH.
Penyampaian hadiah atau cenderahati adalah merupakan acara kemuncak sesuatu majlis atau program. Penyampaian hadiah bertujuan sebagai menghargai peserta dan individu yang terpilih berdasarkan kelebihan yang ada pada mereka.
Sebagai tanda ingatan tulus ikhlas pihak Panitia Pendidikan Islam dan warga sekolah telah menyediakan beberapa ganjaran berbentuk hadiah atau cenderahati sebagai kenangan kepada mereka. Tahniah diucapkan kepada mereka kerana berjaya memberi sesuatu yang terbaik untuk manfaat bersama.
Semoga usaha murni ini mendapat keredhoaan dan rahmat dari Allah s.w.t.

PERSEMBAHAN NASYID
|
PERTANDINGAN AZAN MURID TAHUN 6Azan disebut juga dengan " Bang " yakni seruan atau laungan yang dilakukan untuk memberitahu kepada orang-orang muslim bahawa telah masuk waktu solat. Azan dilakukan pada setiap waktu solat.Pertandingan azan juga diadakan bertujuan sebagai motivasi kepada peserta untuk berani memperdengarkan alunan azan sekaligus menyerlahkan bakat masing-masing. Alhamdulillah semua peserta bersemangat mengalunkan azan.Tahniah diucapkan kepada pemenang.
PERSEMBAHAN SAJAK PALESTIN
|
GAMBAR SEKITAR TADARUS AL-QURAN TAHUN 5 BERSAMA KUMPULAN.
TADARUS AL-QURAN merupakan satu program yang sentiasa available bila menjelangnya bulan Ramadhan dan program ini dijalankan di surau Annajah SKBA pada waktu PdPc Pendidikan Islam. Murid-murid dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil mengikut juzuk kumpulan masing-masing. Pemantauan bacaan dipantau oleh guru Pendidikan Islam yang bertugas pada waktu tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Sepakat Membawa Berkat.
TAZKIRAH RAMADHAN bersama Ustaz Mohd Rosli bin Che Yon setiap tahun bertempat di surau Annajah SKBA selepas solat zohor. Tazkirah selama 15-20 minit ini sangat memberi manfaat kepada semua warga SKBA kerana setiap manusia mempunyai kelemahan dan kealpaan. Oleh itu peringatan demi peringatan perlu diberikan supaya kita sentiasa mengingati Allah s.w.t dan sentiasa melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
Semua guru yang beragama Islam dialu-alukan untuk hadir ke tazkirah tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada guru-guru. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Ihya' Ramadhan. Semoga kita mendapat keberkatan yang berlipat ganda daripada Allah Taala. Amin.
Semua guru yang beragama Islam dialu-alukan untuk hadir ke tazkirah tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada guru-guru. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Ihya' Ramadhan. Semoga kita mendapat keberkatan yang berlipat ganda daripada Allah Taala. Amin.
________________________________________________________
EDISI APRIL/MEI 2018 *********************** SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 2/2018
______________________________________________________________________________________________
SAJAK DIA SEORANG GURUDia Seorang Guru
Dia seorang guru tua sebuah sekolah terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah yang mengangkat harga diri dan maruah dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah dengan kelkhlasan had dan pasrah dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah. Dia seorang guru pengganti ayah ibu dia seorang guru pembentuk generasi baru dia seorang guru pembina insan sepadu dia seorang guru pewaris tamadun ilmu yang terus hidup sepanjang waktu diimbau berbunyi dilihat bertemu. Ismail Haji Adnan 1989 |
|
SAMBUTAN HARI GURU SECARA SEDERHANA
________________________________________________________
EDISI APRIL/MEI 2018 *********************** SURAU ANNAJAH SKBA BIL. 1/2018
______________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________
IMBASAN KENANGAN SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ
PERINGKAT SEKOLAH 2018
BERSAMA KITA MEMPERINGATI PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ NABI MUHAMMAD S.A W
Setiap tahun Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan majlis sambutan sempena Isra' dan Mikraj. SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH disambut secara sederhana dengan menjemput penceramah daripada Jabatan Pelajaran Pulau Pinang (JPN) iaitu Ustaz Khairul Asfani b. Nasir
Beliau merupakan penceramah yang hebat. Tajuk ceramah beliau ialah Peristiwa Isra' dan Mikraj. Antara isi ceramah beliau ialah: 1- Pengertian Isra' dan Mikraj. 2- Peristiwa sebelum, semasa dan selepas Isra' dan Mikraj. 3- Pengajaran dan Moral yang dapat diambil daripada peristiwa Isra' dan Mikraj. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. JOM BACA KISAH ISRA' MIKRAJ |